"Teruskan Perjuangan, Tingkatkan Kefahaman"

Selasa, 25 November 2008

LAPORAN BPR SALAH URUS DEWAN ORANG RAMAI

LAPORAN BPR

pb210163

iDewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor telah mengadakan pertemuan dengan BPR bagi melaporkan salah urus dewan orang ramai dalam negeri Perak hari ini. Dalam pertemuan itu, hanya 2 orang wakil sahaja yang dibenarkan mengadakan pertemuan seterusnya menyerahkan laporan kepada Pengarah BPR Perak, Pmg. TPj Bahri bin Mohamad Zin. Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor diwakili oleh Ketua Pemuda, saudara Salman Saleh dan Ketua Penerangan, saudara Safarizal Saleh. Pertemuan selama hampir sejam itu diadakan di bilik Pengarah BPR sendiri. Diakhir pertemuan itu, beliau berjanji akan menyiasat aduan yang dikemukakan secepat yang mungkin. Saudara Salman Saleh kemudiannya mengadakan sidang akhbar diperkarangan pejabat tersebut.

Berikut adalah laporan yang telah dibuat pada hari tersebut :-

i

21 November 2008 / 23 Zulkaedah 1429

Kepada;

Pengarah,

Badan Pencegah Rasuah Negeri Perak,

Jalan Raja Musa Aziz,

Peti Surat 6000,

30760 Ipoh.

Y.Bhg. Tuan,

ADUAN UNSUR SALAH TADBIR URUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MENGENAI PEMBINAAN BANGUNAN DEWAN ORANG RAMAI

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) ingin membuat aduan berkaitan unsur salah tadbir urus pengurusan dan pentadbiran dalam kebenaran pemberian pembinaan bangunan kekal Dewan Orang Ramai di atas hak milik tanah persendirian atau wakaf.

Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini, telah meminta supaya semua Dewan Orang Ramai diserahkan pentadbirannya kepada Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK). Manakala Datuk Saarani Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan telah memberikan penjelasan berkaitan terdapat hak milik bangunan tersebut dibina adalah atas nama pensendirian atau wakaf.

Adalah menjadi matlamat atau dasar pembinaan bangunan Dewan Orang Ramai adalah untuk kegunaan masyarakat setempat sesuatu kawasan itu. Tetapi timbulnya persoalan apabila tanah kawasan pembinaan bangunan Dewan Orang Ramai itu bukanya hak milik bersama yang diuruskan oleh JKKK tetapi ianya adalah bersifat hak milik peribadi.

Oleh yang demikian, kebimbangan kami adalah berdasarkan perkara berikut;

Bagaimana kebenaran pemberian pembinaan bangunan kekal atas nama kegunaan Orang Ramai di atas tanah pemilikan persendirian / wakaf

Sebelum sesuatu kebenaran pemberian pembinaan bangunan kekal, perkara yang dirujuk adalah berkaitan perundangan atau undang-undang Kanun tanah negara berkaitan pemilikan hak milik tanah menjadi asas untuk peruntukan pembinaan bangunan Dewan Orang Ramai ini diluluskan oleh Kerajaan.

Ada pun kelulusan dan kebenaran bertulis sebelum satu pembinaan bangunan kekal dijalankan adalah menjadi perkara paling penting. Ini kerana tidak akan timbul perkara berbangkit setelah bangunan tersebut didirikan dan tiada tuntutan akan datang berkaitan bangunan tersebut kelak.

Setelah kebenaran diperolehi, maka satu perjanjian berlandaskan prinsip ekuiti mesti dimeterai antara kedua-dua belah pihak. Jika prinsip ekuiti ini dilanggari adalah menjadi satu kesalahan kerana matlamat asal pembinaannya dan kerugian yang akan ditanggung oleh rakyat dan kerajaan amat tinggi.


Pelanggaran Prosedur Pentadbiran dalam mengeluarkan dana Kerajaan

Perkara yang paling penting berkaitan isu ini adalah kesalahan dalam penggunaan peruntukan dana kerajaan untuk kegunaan rakyat. Persoalan yang berbangkit adalah siapakah yang memberikan kebenaran peruntukan sebelum kajian menyeluruh tanah kawasan pembinaan bangunan kekal Dewan Orang Ramai tersebut.

Mengapakah kebenaran-kebenaran ini diperolehi walaupun tetap melanggari undang-undang sedangkan ianya bertujuan untuk kegunaan orang ramai dan adakah kelulusan ini berkepentingan oleh pemilik hak tanah tersebut.

Adalah menjadi kesalahan di atas kegagalan yang disengajakan dalam memberikan kebenaran peruntukan pembinaan yang tidak sepatutnya berlaku. Isunya disebabkan dana rakyat disalahgunakan untuk tujuan berkepentingan pihak-pihak yang tertentu dan bukannya untuk rakyat seluruhnya.

Dengan ini kami menuntut supaya suatu siasatan menyeluruh dibuat di atas beberapa persoalan tentang kebenaran kelulusan dan kegagalan sistem penyampai yang tidak sepatutnya berlaku.

Sekian aduan kami.

Yang mengadu,

SALMAN SALEH

Ketua,

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.

i

pb210136ipb210149

i

0 ulasan:

Tetamu

Website Tracking

Tarikh

Ini Teman

Foto saya
Nama diberi Ahmad Firdaus b. Mohamad Kelahiran di bumi bertuah Perak Darul Ridzuan. Dilahirkan oleh ibu tercinta pada tahun 1980. Bekhidmat di Ipoh Perak sebagai Mujahid.

Keluarga Teman

Keluarga Teman

Diskusi Usahawan Kali ke 2

Diskusi Usahawan Kali ke 2

Jamuan Makan Malam Bersama MB Perak

Jamuan Makan Malam Bersama MB Perak

Hadis Minggu Ini

" Tiga perkara yang tidak memberi manfa'at bersamanya oleh sebarang amalan, iaitu; menyekutukan Allah, menderhakai kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan"

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Sembang Teman

Solat Adalah Tiang Agama