"Teruskan Perjuangan, Tingkatkan Kefahaman"

Rabu, 19 November 2008

MAJLIS MAKAN MALAM PASTI IPOH TIMUR

Ipoh, 15 Nov. 2008 bertempat di dewan orang ramai SPPK telah berlangsungnya Hari Anugerah dan Majlis Makan Malam PASTI Ipoh Timur. Majlis bermula dari jam 8.00 mlm dan berakhir sekitar 11.30 mlm.


Alhamdulilah... satu program yang boleh dikira menguji komitmen ajk penganjur akhirnya dapat juga dilaksanakan dengan jayanya. Sekalung tahniah buat pengarah program su pemuda sdr. Syaril yang bertungkus lumus memastikan program ini berjaya. Termasuklah ajk pelaksana lain. Nampaknya kejayaan yang boleh di syukuri kerana kehadiran amat menggalakkan pada malam tersebut. Majlis Dirasmikan oleh YDP Kawasan Ipoh Timur Ustaz Zulkifli


Alhamdulillah terdapat banyak penaja-penaja yang bermurah hati yang sudi menaja meja (7 orang) untuk jamuan tersebut. Antaranya MB kita sendiri 2 meja, YB Cangkat Jong 1 meja, kelab penyokong PAS 2 meja, HPA 1 meja dan beberapa penaja lain. Terima kasih buat penaja-penaja tersebut. Semoga Allah membalas jasa baik antum. Kalau boleh, sudi2 lah kiranya menaja jamuan makan malam bersama MB pula 26 Disember nanti. Teman berharap program-program seperti ini dapat di pertingkatkan lagi. kerana ianya adalah salah satu jalan dakwah kita bagi mendekati masyarakat. wassalam...





Persembahan nasyid yang mengagumkan. Adik yang main ape nama(drum besar tu) bukan main ligat tangan memukul drum. tak padan dengan tinggi. dekat sama tinggi drum tu....



Kelab penyokong PAS juga turut bersama dalam jamuan ini. ditengah-tengah tu Ustaz KY Tiang. Pegawai Khas MB. Hebat...hebat....

Mujahidperak bersama teman-teman. Alhamdulilah... dapat juga makan pada akhir program... semua ajk makan dengan berselera. maklumlah letih bertugas dari pukul 2.00 ptg lagi. terutama pengarah program.

0 ulasan:

Tetamu

Website Tracking

Tarikh

Ini Teman

Foto saya
Nama diberi Ahmad Firdaus b. Mohamad Kelahiran di bumi bertuah Perak Darul Ridzuan. Dilahirkan oleh ibu tercinta pada tahun 1980. Bekhidmat di Ipoh Perak sebagai Mujahid.

Keluarga Teman

Keluarga Teman

Diskusi Usahawan Kali ke 2

Diskusi Usahawan Kali ke 2

Jamuan Makan Malam Bersama MB Perak

Jamuan Makan Malam Bersama MB Perak

Hadis Minggu Ini

" Tiga perkara yang tidak memberi manfa'at bersamanya oleh sebarang amalan, iaitu; menyekutukan Allah, menderhakai kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan"

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Sembang Teman

Solat Adalah Tiang Agama