"Teruskan Perjuangan, Tingkatkan Kefahaman"

Selasa, 16 Disember 2008

PELANCARAN SATU CAWANGAN SATU USRAH

Pada hari jumaat lepas 12 Disember teman terlepas nak bersama-sama sahabat ke KL tu mesyuarat khas Muktamar Alumnai. Teman dah susun tarikh tersebut dan berhajat nak kesana. Tapi, semuanya perancangan Allah. Dan sudah pasti perancangan Allah itu adalah terbaik.

Seperti firman Allah swt yang bermaksud;

“Manusia merancang, Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik”

Maaf buat tuan YDP yang dah lama pesan supaya teman turun turun. Tapi, tak pe teman dah sediakan laporan khas tugasan yang diamanahkan. Tima kasih buat sahabat yang dapat mewakili zon utara seterusnya membentangkan hasil mesyuarat yang diputuskan oleh kita.

Ketidak hadiran teman kesana adalah untuk menunaikan tanggungjawab jamaah jua, iaitu Majlis Pelancaran Satu Usrah satu Cawangan Peringkat UPU Tg. Piandang (kampung teman). Pelancaran ini adalah rentetan dari arahan PAS Negeri Perak melalui Lajnah Tarbiah yang melancarkan kempen ini peringkat negeri Perak pada 2 Ogos 08 yang lepas oleh AF Utz. Idris hj. Ahmad.

Antara objektif kempen ini adalah untuk;

1. Menyusun dan menstrukturkan semula pengurusan usrah

2. Mengaktif/ memperbanyakkan usrah di setiap kawasan/ cawangan

3. Membina kualiti dan kuantiti ahli pas yang semakin mampan

4. Melahirkan naqib-naqib yang berwibawa

5. Melatih ahli menjadi golongan pemimpin pelapis

6. Merialisasikan kemenangan pilihanraya

Teman, dah lama berharap kampung teman ini melaksanakan usrah. Sejak mula2 begiat lagi. Tapi teman tak mampu. Maklumlah, teman ni orang mude. Pengalaman pun kurang. Apatah lagi berhadapan dengan ahli PAS yang sudah sedarah sedaging dengan PAS. Hidup mati dalam perjuangan. Itu tidak dapat di nafikan oleh orang mude seperti teman. Mereka-mereka ini adalah golongan pendokong terawal PAS yang melalui perit getir yang lebih pedih dari perjuangan golongan muda kini. Zaman mereka yang berdakwah menggunakan perahu dan begitu terhad penerangan. Namun mereka tetap istiqamah dalam perjuangan. Itulah mereka yang berpangkat bapak bapak kita yang lebih dahulu merasa garam dari kita.

Namun apabila peringkat negeri telah melancarkan kempen. Maka, tergerak dihati teman untuk membantu UPU kpg. teman turut melaksanakannya. Bukan teman kuatir akan tarbiah mereka. Bahkan mereka ini kalau hiris tangan pun darah dah berwana hijau. Begitu hebat dan yakinnya mereka dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS. Maklumlah kpg. teman ini berada dalam kawasan Pb. Buntar yang dulu dikenali kawasan Kerian. Kawsan ini adalah satu-satunya kawasan yang memenangi pilihanraya pertama pada tahun 1955, jika disingkapkan kembali sejarah. Ini bermakna PAS telah sebati dengan jiwa orang-orang lama ini. My father juga ahli PAS yang terawal iaitu sekitar ahli ke 50 – 60 yang mendaftar sebagai ahli dan pernah bertanding. Itulah yang dimaklumkan oleh my mother teman. Jadi kebanyakan mereka adalah rakan-rakan ayah teman. Agak segan dan kekok untuk kita orang muda untuk mengajar mereka erti perjuagan apatah lagi tarbiah. Cuma apabila pada peringkat negeri telah memberi arahan maka semua kawasan dan cawangan wajib menurutinya. Oleh itu teman mengambil iniseatif untuk melancarkan kempen satu usrah satu cawangan peringkat UPU Tg. Piandang. UPU ini merangkumi 4 cawangan semuanya.

Alhamdulillah, perancangan sejak dari Hari Raya Aidiladha berjaya dilaksanakan pada malam tersebut. Program bermula dari solat magrib berjamah dan di turuti oleh kuliah yang disampaikan oleh AF Utz. Sobri b. Hj. Sabran. Beliau adalah anak kepada Utz. Sabran iaitu bekas Pesuruhjaya PAS negeri Perak. Ust. Sabran adalah seorang ulama dan pejuang yang tidak boleh dipertikaikan lagi dalam siasah khasnya di negeri Perak. Sehinggalah beliau meninggal dunia di Makkah ketika menunaikan Haji dua tahun lepas. Begitulah kehebatannya sehingga dijemput Allah swt pun ketika melaksanakan ibadah haji di Makkah. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada beliau (Al-fatihah). AF Ustaz Sobri juga bukan calang2 orangnya. Dimana tidak tertumpah kuah kalau tak ke nasi. Teman kenal beliau sejak beliau bergiat dalam DPPN lagi. Dan kini dah pencen pun (pencen pemuda) dari DPPN. Dan aktif pada peringkat kawasan Bagan Serai serta merupakan Ahli Majlis Daerah Kerian.

Antara pengisian beliau adalahmenerangkan tentang system tarbiah usrah yang begitu asing dikalangan golongan yang ana maksudkan diatas. Antaranya ialah beliau menerangkan PAS memerlukan ahli-ahli yang istiqamah dan bersungguh-sungguh dalam perjuangan. Oleh itu dalam usaha memantapkan dan meramaikan amilin dan murabitin dalam usaha mengukuhkan jentera gerakkerja PAS dalam semua sector, PAS memerlukan ahli yang ramai serta ditarbiah secara sistematik. Dan beberapa perkara lagi disentuh termasuk kelemahan ahli yang tidak enteng atau berminat dengan usrah. Kebanyakan akli lebih suka ceramah daripada usrah. Lalu beliau member nas dan dalil yang amat kuat apatah lagi dengan arahan pimpinan peringkat negeri yang mengarahkan usrah dilaksanakan di peringkat cawangan.

Alhamdulillah… fasa pertama majlis berlangsung dengan baik. Kehadiran boleh membanggakan dalam 30 orang lebih. Manakala selepas ini majlis akan di sambung dengan pelancaran satu usrah satu cawangan oleh YB AF Ust. Khalil Idham Lim. Adun Titi Serong yang merupakan Tim. YDP Kawasan dan merangkap Ketua Laj. Tarbiah Kawasan Pb. Buntar. Beliau adalah anak kelahiran Kelantan yang memeluk Islam dan kini bergelar ustaz. InsyaAllah jika bekesempatan teman akan citakan sejarah hidup beliau didalam blog ini suatu ketika nanti. Cuma sedikit teman nak sentuh. Teman ingat lagi semasa teman baru tamat belajar dan mula berjinak-jinak dalam wadah PAS. Beliau adalah KP Pb. Buntar ketika itu merangkap SU DPPN. Teman bekesempatan banyak juga belajar ilmu perjuangan dan pengobanan bersama beliau. Teman pernah bekerja dengan beliau di kedai CindoAntik (barangan kayu jati) kepunyaan beliau. Dan semasa era kegemilangan PAS tahun 1999- 2004 teman selalu diajak oleh beliau untuk meneman ke ceramah-ceramah PAS. Ingat lagi teman pernah ke Grik, KL dan beberapa tempat lagi sebagai peneman beliau sepanjang pejalanan. Ketika itu isu terpanas ialah Sekolah Agama Rakyat akan dimatikan. Kempen terbesar ialah “Selamatkan Sekolah Agama Rakyat (SOS)”. Pergh….Teman pun semangat je, walaupu tak kenal lagi erti perjuangan sebenar dalam PAS ni. InsyaAllah nanti teman sambung cita tentang YB Khalil Idham Lim.

Kembali kepada pelancaran. Tet…tet..tet.. teman dapat message. Erm..dari Ustaz Khalil. “ Ana akan sampai sebelum pukul 9.15 mlm”. Teman yakin YB Ust. Tentu banyak urusan lain sepanjang tempoh tersebut. Jam menunjukkan 8.30 mlm. Lagipun YB ust. dari Ipoh ptg tadi. Teman beselisih dengan beliau hentian RnR Sg. Perak. Beliau yang tegur teman… mana teman perasan pakai perdana V6 cermin gelap. Hebat dah sekarang bekas KP teman ni… bergaya sebagai YB. Tapi apa yang teman bimbang dengan message tersebut adalah waktu itu kemungkinan tak ramai hadirin yang boleh tunggu. Teman harap Ust. Sobri dapat lanjutkan. Tub..tub… ust sobri dah nak tamat kuliah sebab ada mesuarat katanya. Teman dah bimbang, so teman balas message “jangan lama sangat, faham-fahan lah orang kampung”.

Apa yang teman bimbangkan itu betul berlaku. Bila teman umumkan je program akan di sambungkan pada jam 9.15 maka adalah moto2 yang berbunyi… tandanya balik lah…. Jenuhlah teman dan AJK lain pujuk. Teman cakap kat sahabat pemuda, cabut je pluge moto… he..he..(tak buat pun, gurau je). Akhirnya tinggallah 10 orang…. Baru je Ust. Sobri peringat dan bancuh dalam kuliah tadi… dah hilang. Ape nak buat, dah macam tu. Yang pemudanya gi mesin padi malam2. Yang siniornya ada kenduri lah… so tinggallah yang hardcore-hardcore yang masih setia menunggu. Jam 9.20 tibalah YB AF Ust. Kahalil. Malu juga YB dating lancar Cuma ada 10 orang je… Tepaksa teman jelaskan dah ramai balik dan sendiri beliau pun faham masyarakat kampung. Kami pun memulakan majlis seterusnya. Pada majlis tersebut beliau berucap sepatah dua dengan member motivsai kepada ahli yang ada supaya memperkasakan jamaah dengan mengerakkan usrah di setiap peringkat cawangan dan beliau bersedia untuk turun kesetiap cawangan sekiranya dijemput hadir sebagai pemerhati dari pihak kawasan. Seterusnya selepas merasmikan beliau melancarkan satu usrah satu cawangan dengan memotong reben banting sebagai gimik pelancaran. Dan pada kemuncaknya beliau menyerahkan buku manual usrah kepada setiap wakil dari cawangan-cawangan iaitu cawangan Jalan Pantai Bt.10, Cawangan Pekan Tg. Piandang, Cawangan Kampung Nelayan dan Cawangan Jalan Pantai Lama Pasir Kedabu. Alhamdulillah selesailah majlis pelancaran tersebut. Cuma apa yang menjadi cabaran selepas ini adalah gerak kerja untuk meneruskan usrah kepada 4 cawangan tersebut. Teman dok di Ipoh, kekadang je balik kampung. Macam mana nak handle… Semoga Allah member kekuatan untuk teman terus berusaha supaya usrah dapat dilaksanakan di UPU Tg. Piandang ini. Teman yang lemah ini tak berdaya sekiranya tiada kudrat yang di beri oleh Allah dalam usaha menjayakan program ini. Semoga Allah member kekuatan dan hidayah juga kepada ahli di kpg teman supaya memandang serius dalam pelaksanaan usrah ini di peringkat cawangan2. Mudah-mudahan lahirlah pelapis-pelapis amilin di desa yang kini kebanyakan ahli yang bergerak aktif telah berusia lebih 50 tahun. Itulah sekitar pelancaran satu cwangan satu usrah bagi UPU Tg. Piandang, Perak. Tanah tumpah darah teman….wallahuaklam…..



YB. Ust. Khalil Idham Lim bergambar bersama wakil dari cawangan-cawangan.






Bersantai, sementara selepas mendengar kuliah. Paksu...paksu... letih nampak malam tu.




"Teruskan Perjuangan, Tingkatkan Kefahaman"

0 ulasan:

Tetamu

Website Tracking

Tarikh

Ini Teman

Foto saya
Nama diberi Ahmad Firdaus b. Mohamad Kelahiran di bumi bertuah Perak Darul Ridzuan. Dilahirkan oleh ibu tercinta pada tahun 1980. Bekhidmat di Ipoh Perak sebagai Mujahid.

Keluarga Teman

Keluarga Teman

Diskusi Usahawan Kali ke 2

Diskusi Usahawan Kali ke 2

Jamuan Makan Malam Bersama MB Perak

Jamuan Makan Malam Bersama MB Perak

Hadis Minggu Ini

" Tiga perkara yang tidak memberi manfa'at bersamanya oleh sebarang amalan, iaitu; menyekutukan Allah, menderhakai kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan"

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Sembang Teman

Solat Adalah Tiang Agama