Teman amat terkejut sekali dengan berita yang di baca melalui Utusan Meloya bertarikh 5 Disember 2008. Tajuknya Cuma 18 dari 2,360 hotel ada sijil halal.
MasyaAllah apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan Islam Hadari paklah. Ape ke hey ni... takkan 50 th merdeka hanya 18 buah hotel aje yang ada sijil halal. Dimana sensitiviti tentang pemakanan untuk umat Islam.
bayangkanlah daripada 2,360 hanya 18 aje yang ada. Ini bermakna hanya 0.76% sahaja hotel-hotel di Malaysia yang mempunyai sijil halal. Tak sampai 1% pun. Teman rasa cuma hotel Seri Malaysia dan beberapa hotel lain agaknya yang ada sijil halal tu.
Perkara ini diumumkan sendiri oleh menteri yang bertanggungjawab iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim. Itupun setelah diasak oleh Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Ini bermakna, umat Islam selama ini terdedah kepada makanan tidak halal sekiranya menginap dan memakan makanan yang di sediakan di hotel-hotel. Sesuatu yang amat-amat mengecewakan teman perkara sepenting ini boleh berlaku kepada kerajaan Islam Hadari yang dibanggakan ini, yang mana Malaysia ini di kenali sebagai negara hub halal Dunia. Diamanakah maruah umat Islam yang majoritinya rakyat di Malaysia ini tetapi memakan makanan yang tidak pasti akan kehalalannya.
Teman teringat semasa bertugas sebagai AJK Penginapan Muktamar PAS kali ke54 baru2 ini di Perak. Teman dan beberapa orang sahabat ditugaskan untuk menjadi pengurus penginapan bagi pimpinan, perwakilan dan pemerhati dari seluruh tanah air. Oleh yang demikian teman membuat 'servey' dan penilaian kepada hotel2 yangsesuai di diami oleh tetamu. Dalam penelitian ini terdapat banyak hotel2 yang dari awal lagi kami tolak kerana meragui kesesuaian untuk menginap oleh tetamu. Maklumlah ada hetel ini 'jenis ketuk' dan sebagainya. Takkan nak bagi pada orang2 PAS hotel2 macam ni. Teruk teman kena belasah nanti.Cuma apa yang teman nak nyatakan disini teman kagum dengan pendirian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Utz. Azizan Razak dan beberapa pimpinan lain yang begitu peka akan penginapan yang akan disediakan kepada mereka. Mungkin faktor diataslah yang diteliti dan dititik beratkan oleh mereka dalam pemilihan tempat penginapan. Apa yang teman dapat tahu Tuan Guru tidak mahu menginap dihotel. Tetapi lebih rela menginap di mana2 rumah ahli yang bersedia untuk memberi penginapan kepada beliau. Sdr. Azhar (Ket. Penerangan Pemuda PAS Pk.) mengambil tanggungjawab ini untuk menyediakan tempat yang sesuai untuk Tuan Guru Nik Aziz. Manakala untuk Dato' Seri Utz Azizan hanya mahu menginap di Hotel Seri Malaysia sahaja. Beberapa kali teman terpaksa menghubungi PA beliau untuk memastikan Utz Azizan tiba di Ipoh dan selamat menginap di Hotel Seri Malaysia. Alhamdulillah pimpinan kita bukanlah sebarangan ulama. Sebab itu kalau kita lihat di negeri Kelantan (serambi Mekah), Tuan Guru Nik Aziz dengan usaha beliau mewujudkan hotel-hotel yang berteraskan kepada Islam. Yang sudah terjamin kehalalan pemakanan yang disediakan.
Akhirnya teman berharap sangatlah sekiranya PAS umumnya dan negeri2 dibawah pimpinan PAS dapat mengambil inisiatif dan tanggungjawab fardu kifayah ini untuk mewujudkan hotel-hotel yang berterskan kepada Islam. Ini adalah kewajipan kepada pemerintah untuk mewujudkannya. Paling kurang, mengarahkan hotel2 segera mengambil Sijil Halal dari pihak yang bertanggujawab seperti Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC). Malah bagi mereka yang diberikan rezeki lebih (jutawan) dari kalangan umat Islam juga harus mengambil peluang untuk memenuhi keperluan umat Islam dalam membina hotel-hotel seperti ini. Supaya tidak lagi orang Islam terus menerus menikmati makanan yang tidak terjamin kehalalannya.Dan akhirnya semoga Allah menyelamatkan umat Islam di bumi bertuah ini dari terus memakan produk dan makan yang tidak halal. cukuplah lebih 50 th kita dihidangkan dengan pelbagai lambakan produk yang tidak halal atau diragui kehalalannya. Dan yang paling penting marilah kita bertukar keapada kerajaan Islam yang sebenar dan seterusnya akan akan menikmati nikmat Allah denga lebih sempurna.
"Ya Allah bantulah kami hambamu, dalam mencari redhaMu"
Jumaat, 5 Disember 2008
HANYA 18 HOTEL BERSIJIL HALAL
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ini Teman

- Teruskan Perjuangan, Tingkatkan Kefahaman"
- Nama diberi Ahmad Firdaus b. Mohamad Kelahiran di bumi bertuah Perak Darul Ridzuan. Dilahirkan oleh ibu tercinta pada tahun 1980. Bekhidmat di Ipoh Perak sebagai Mujahid.
Keluarga Teman

Diskusi Usahawan Kali ke 2

Jamuan Makan Malam Bersama MB Perak

Hadis Minggu Ini
" Tiga perkara yang tidak memberi manfa'at bersamanya oleh sebarang amalan, iaitu; menyekutukan Allah, menderhakai kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan"
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
Sembang Teman
Solat Adalah Tiang Agama
Pimpinan Teman
Kerajaan Pakatan Rakyat
Sahabat Teman
Blog Archive
-
▼
2008
(25)
-
▼
Disember
(15)
- PENGHARGAAN BUAT PACA
- TULISAN JAWI DIMARTABATKAN SEMULA
- PENJELASAN ISU SEMASA
- KAMPUNG TEMAN
- Mercedes E200 Kompressor vs Toyota Camry 2.4
- PELANCARAN SATU CAWANGAN SATU USRAH
- KEBESARAN ALLAH SWT
- MEMAHAMI PERJUANGAN ISLAM
- MELAYU : KE MANA HALA TUJU
- MEMAHAMI PERJUANGAN ISLAM
- HANYA 18 HOTEL BERSIJIL HALAL
- OBAMA MEMANG PERLU DIRAGUI
- KETUANAN MELAYU VS KETUANAN ISLAM
- Sekitar Kenduri AJK DPPK Ipoh Timur. Sdr. Shah
- Rehlah bersama Keluarga di AgroFest
-
▼
Disember
(15)
0 ulasan:
Catat Ulasan