
Kebetulan pula pada malam tersebut diadakan majlis penghragaan PACA bagi Parlimen Pb. Buntar.
Program ini bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan para petugas PACA yang bertugas pada PRU yang lepas. Kehadiran agak membanggakan lebih daripada 150 orang. Sehinggakan YDP Kawasan kata "Kalau tengok kehadiran malam ni, mcm nak PRU dah dekat" Semangat betul para petugas. Siap pakai baju petugas warna kuning yang dipakai pada PRU lepas lagi. "Kearah Pilihanraya Tulus dan Bersih".

Malam tu ucapan diampaikan oleh pengarah Dun K.Kurau, Sdr. Bahrin, Pengarah Dun. Titi Serong Hj. Ibrahim, YB. Khalil Idham Lim dan YDP PAS Kawasan. Kesemua ucapan menjuruskan kepada pengharagaan dan berterima kasih diatas kesungguhan melaksanakan tugas sehingga mencapai kemenangan yang bergaya (3/0)..Alhamdulillah... Disamping Itu YB dan YDP memberi kata semangat dan motivasi kepada petugas supaya tidak mudah alpa dengan kemengangan kerana "mengekalkan kemenangan lebih sukar dari memperolehi kemenagan". Semangat jihad dan pengorbanan ini perlu diteruskan sehingga lah mencapai kemenangan mutlak iaitu mengusai pemerintahan Kerajaan Pusat. Ingatan juga diberi kepada petugas agar tidak leka dengan tugas sebagai PACA terutama bagi mereka yang memegang borang 14. YDP menyatakan sekiranya jatuh dalam parit, biarlah diri tenggelam (syahid) tetapi borang 14 hendaklah dijulang agar tak hilang. Begitulah betapa penting borang 14 itu dalam sistem pilihanraya. Kerana kesilapan dalam menguruskan borang 14 ini boleh mengakibatkan kemenangan berpihak kepada musuh kita.
Pada akhirnya, setiap wakil UPU mewakili petugas PACA lain menerima sedikit cenderahati. Bukanlah nilai wang itu di perhatikan. tetapi sekadar penghargaan. Dan nilai yang sebenar ialah penghargaan oleh Allah ketika bertemu dengan Rab'buljalil pada hari akhirat nanti. Kerana itu di ingatkan supaya kita membetulkan niat dengan mengikhlaskan diri dalam melaksanakan apa jua tugas yang diamahkan. Apatah lagi sebagai PACA iaitu sebagai benteng terakhir jamaah dalam PRU. pada malam tersebut juga diserahkan sijil2 penubuhan cawangan2 baru. Sebelum mengakhiri program para petugas yang memakai baju berwarna kuning bergambar beramai2.

Akhir kalam, semoga Allah terus memberi kekuatan kepada semua petugas PAS diseluruh Malaysia dan semua pejuang Allah di muka bumu Allah ini supaya terus istiqamah dalam memperjuangakan Agama Allah supaya dapat ditegaakkan. "Islam memerintah, bukan Islam diperintah"
"Teruskan Perjuangan, Tingkatkan Kefahaman"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan