Nama yang begitu senonim dengan masyarakat kampung teman. Ape dia tu banpecah? Banpecah tu adalah pantai sepanjang Tanjung Piandang sehingga ke sempadan Kuala Kurau. Ia merupakan perkampungan nelayan. Dan kini menjadi tempat pelancongan masyarakat setempat malah ada juga dari luar yang hadir untuk melihat keindahan laut dan matahari terbenam dari pantai ini. Malah rancangan jalan-jalan cari makan pun pernah kesini. Dan memilih satu kedai makan. Kalau tak silap kedai makan gulai iakan sembilang. Sedap orang kata, tapi teman pun tak penah makan situ.
Oh ya... . mcm mana dapat nama ban pecah tu ye...? Sejak dari teman kanak-kanak lagi dah di kenali sebagai ban pecah. Nama tu di beri kerana tanah kawasan tersebut telah habis dimakan laut (roboh). Lihat sahajalah gambar, sehinggakan terpaksa di hadangi dengan batu2 supaya laut tidak terus makan pantai.
banpecah ni sebenarnya cantik dan indah sebagai tempat untuk beriadah bersama keluarga dan anak2.
Disamping itu boleh menenangkan fikiran, sambil melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti memancing, makan2, jalan2, kutip kulit siput dan lain2. Ada juga sesekali pertandingan memancing disini.
Tapi masalahnya ada yang salah guna temapt yang cantik di anugerahkan oleh Allah. Masalah sosial kini kian meruncing. Teman ingat lagi dulu masa kecik2 ramai kata orang buat maksiat kat sini, sebab tu Allah bagi hakisan dan pecah pantai ni. Tapi bila kini teman lihat memang benar... MasyaAllah ape nak jadi dengan anak2 muda mudi sekarang ni... dah hilang perasaan malu. Orang ramai lalu lalang pun tidak di kisahnya. Kalau ada ustaz kasuri mesti kena pelempang...sapa tak kenal beliau...teman tak berani.
Kalau ramai2 dengan unit amal beranilah nak tegur. Sekadar benci didalam hati lah. Lemah betul teman ni.....Mudah mudahan ada perubahan selepas PAS memerintah. Alhamdulillah apa yang teman dengar dari sahabat2 PAS di kampung. kini JKKK dah menyusun program bertindak untuk menanggani masalah sosial ini di peringkat kampung. Nak harap yang lame...udah ler..tidak dihiraukan oleh umno (JKKK dulu). Di samping itu teman harap penguatkuasa JAIP dapat lah sesekali jengok kesana dan membuat pencegahan maksiat. Semoga dapat di bersihkan perkara-perkara ni.dalam perjalan teman ke sana baru-baru ni teman berasa bangga sekali. Ada juga bot nelayan yang memasang bendera PAS pada bot. Pergh..... hebat...hebat... dulu jangan harap ada. Kpg. nelayan ini memang kawasan biru (umno). tapi kini sinar bulan telah menyinari penduduknya. Mudah-mudahan diberkati dan di tambah rezeki oleh Allah kepada penduduk disini.
Dato' Presiden (Tuan Guru Hj. Hadi Awang) kita yang juga seorang nelayan. Cume teman je bukan anak nelayan, tapi ikut2 naik sampan tangkap ketam dulu kecik2 adalah. kalut kayuh sampan laju2 bila nampak awan gelap (tanda nak hujan) kalau tak.. karamlah sampan. he..he...satu lagi teman nak cite dan nak singkap kembali sejarah... teman tak pasti group mana dari poly yang penah wat tamrin kat sini dulu. Siap kena rendam dalam laut lagi...ha...ha... yang muslimatnya kena bantu makcik tanam padi. Pengalaman yang bagus malamnya pertemuan dengan YB Dato' Hasan Ali. Ketika itu beliau YB Dato' Hasan Ahli Parlimen Kaw. Pb. Buntar. Rindu pula nak dengar ceramah beliau kat perak ni.
Akhirnya teman berharap kampung teman ini bertambah maju dan makmur dibawah pimpinan PAS (Pakatan Rakyat). Semoga Allah melimpahkan barakah kepada semua rakyat supaya dapat hidup dengan aman dan makmur. Seterusnya Islam dpat ditegakkan di bumi bertuah ini....
Teman sekeluarga bergambar bersama di pantai Banpecah. Datang lah singgah....
Anak teman mujahid siap posing atas bot lagi. he..he..
Perkampungan nelayan
"Teruskan Perjuangan, Tingkatkan Kefahaman"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan