Alhamdulilah... satu program yang boleh dikira menguji komitmen ajk penganjur akhirnya dapat juga dilaksanakan dengan jayanya. Sekalung tahniah buat pengarah program su pemuda sdr. Syaril yang bertungkus lumus memastikan program ini berjaya. Termasuklah ajk pelaksana lain. Nampaknya kejayaan yang boleh di syukuri kerana kehadiran amat menggalakkan pada malam tersebut.
Majlis Dirasmikan oleh YDP Kawasan Ipoh Timur Ustaz Zulkifli
Alhamdulillah terdapat banyak penaja-penaja yang bermurah hati yang sudi menaja meja (7 orang) untuk jamuan tersebut. Antaranya MB kita sendiri 2 meja, YB Cangkat Jong 1 meja, kelab penyokong PAS 2 meja, HPA 1 meja dan beberapa penaja lain. Terima kasih buat penaja-penaja tersebut. Semoga Allah membalas jasa baik antum. Kalau boleh, sudi2 lah kiranya menaja jamuan makan malam bersama MB pula 26 Disember nanti. Teman berharap program-program seperti ini dapat di pertingkatkan lagi. kerana ianya adalah salah satu jalan dakwah kita bagi mendekati masyarakat. wassalam...
Persembahan nasyid yang mengagumkan. Adik yang main ape nama(drum besar tu) bukan main ligat tangan memukul drum. tak padan dengan tinggi. dekat sama tinggi drum tu....
Kelab penyokong PAS juga turut bersama dalam jamuan ini. ditengah-tengah tu Ustaz KY Tiang. Pegawai Khas MB. Hebat...hebat....
Mujahidperak bersama teman-teman. Alhamdulilah... dapat juga makan pada akhir program... semua ajk makan dengan berselera. maklumlah letih bertugas dari pukul 2.00 ptg lagi. terutama pengarah program.
0 ulasan:
Catat Ulasan