Semalam teman dikejutkan dengan sms dari SU DPPK sdr. syaril. sms itu berbunyi;
"Kita telah mendapat sumbangan RM1500.00 dari Kelab Penyokong PAS (Cina)".
terkedu teman, betul ke berita yang teman dengor ni...
Alhamdullillah....
RM1500.00 itu disumbangkan untuk program Jamuan Makan Malam bersama MB Perak pada 26 Disember ini.
tak sabar nak pegi ambil duit tu. tapi dimaklumkan teman kena sediakan resit. terus tak dapat nak ambil petang semalam.
Pada hari ini jam 11.30pg teman hubungi Mohamad KY Tiang (Pegawai Khas MB)dan dia free nak jumpa katanya. Terus teman ke pejabat SUK Kerajaan Negeri Perak. Sampai je kat pintu utama, Sdr Tiang dah tunggu. hebat sahabat teman ni...katanya nak cepat ada program bersama kelab penyokong di Bota ptg ni. Tapi sempat lagi melayan tetamu yang hadir ke pejabatnya.
Akhirnya, Alhamdulillah teman diserahkan cek bernilai RM1500.00. MasyaAllah sekarang orang cina dah mula memberi kepercayaan kepada PAS dalam siasah. Yang dulu amat sukar untuk kita dekati. sumbangan ini amat besar rasanya. Teman doakan mudah-mudahan orang yang menderma ini diberi hidayah dan memeluk Islam seterusnya berbakti kepada Islam dan Jamaah...Dan semoga lebih ramai penyumbang-penyumbang.
Kepada sesiapa yang hendak menyertai Majlis Jamuan Makan Bersama MB boleh lah
hubungi teman di talian 0135305237.
Jumaat, 28 November 2008
KELAB PENYOKONG PAS MENYUMBANG RM1500.00
Rabu, 26 November 2008
Jawatankuasa Fatwa Perak perlu pertimbang Fatwa senaman yoga, titah Raja Nazrin
RAJA Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah menitahkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mempertimbangkan secara terperinci mengenai aktiviti senaman yoga di negeri itu.
Raja Dr Nazrin, yang juga Yang di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, bertitah sebarang keputusan jawatankuasa fatwa negeri itu kemudiannya hendaklah dibawa kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, sebelum dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Samsul Baharin Hassan di sini hari ini, Raja Dr Nazrin bertitah, lebih teratur jika sesuatu fatwa yang melibatkan orang ramai dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja terlebih dahulu memandangkan hal ehwal agama Islam berada di bawah bidang kuasa Raja.
Dalam perkembangan yang lain Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata semua perkara berhubung fatwa termasuk mengenai pengharaman senaman yoga itu perlu terlebih dahulu dibawa ke Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak untuk dibincangkan.
Menurutnya PERAK bersedia menerima apa sahaja keputusan yang diperkenankan oleh Sultan Perak berhubung isu pengharaman senaman yoga yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Sabtu lepas.
Katanya selepas dibincangkan dan diteliti oleh jawatankuasa itu ia akan dibawa kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP) dan seterusnya dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk diperkenankan sama ada boleh diterima pakai atau sebaliknya. - Bernama
Selasa, 25 November 2008
PERKHEMAHAN IBADAH REMAJA
Trong, Taiping. 21 -23 Nov. 2008: Perkhemahan Ibadah Remaja telah dianjurkan oleh Persatuan Belia Bina Insan, Ipoh Timur. Seramai 38 orang peserta dan 15 urusetia dan fasilitator terlibat dalam program ini. Bertempat di Kem Pecah batu, Taiping sumua peserta yang berusia sekitar 20 tahun telah dihimpunkan dan melalui semua slot2 program yang telah disusun. Antaranya LDK, kuliah, riadah, jungle tracking, night walk dan sebagainya. Sepanjang 3 hari 2 malam ini, para peserta didedahkan dengan pelbagi aktiviti yang membina minda, sahsiah, akhlaq, aqidah dan juga fizikal. Kesemua aktiviti2 ini diharapkan memberi kesan positiv kepada jiwa2 remaja peserta.
Tahinah buah pengarah progran sdr. zul dan kem komandan pakjan yang bertungkus lumus memastikan program ini berjalan lancar. Ribuan terima kasih juga kepada fasilitator2 yang lain seperti sdri. Hayati, sdri. Hazlina, sdr. Fadzil, sdr. rozaimi, utz. Faisal, sdr. syeikh, sdr. hanip dan anak buah teman meor serta haikal. Terima kasih banyak2 kerana sedia membantu dan bekorban masa dan tenaga memastikan program ini berjaya.
Kepada peserta semoga program ini semoga memberi kesan yang mendalam kepada hati seterusnya mengamalkan apa yang telah diperolehi sepanjang program. Semoga proses tarbiah ini berterusan dan akhirnya mereka akan menemui jalan sebenar dalam dakwah ini dengan sama2 menyertai jamaah Islam.
"Teruskan Perjuangan, Tingkatkan Kefahaman"
Para Peserta membentangkan perbincangan mereka didalam kumpulan (LDK)
Pengarah program sebuk menguruskan segala urusan sampai mandi pun tak sempat..kesian teman....
Ni ha...kem komandan dok asyik baca harakah jer.....
tak pe.. dia pun ligat macam gasing sampai 3 hari sekali jer mandi...
patut dapat anugerah ni......
LAPORAN BPR SALAH URUS DEWAN ORANG RAMAI
LAPORAN BPR
iDewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor telah mengadakan pertemuan dengan BPR bagi melaporkan salah urus dewan orang ramai dalam negeri Perak hari ini. Dalam pertemuan itu, hanya 2 orang wakil sahaja yang dibenarkan mengadakan pertemuan seterusnya menyerahkan laporan kepada Pengarah BPR Perak, Pmg. TPj Bahri bin Mohamad Zin. Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor diwakili oleh Ketua Pemuda, saudara Salman Saleh dan Ketua Penerangan, saudara Safarizal Saleh. Pertemuan selama hampir sejam itu diadakan di bilik Pengarah BPR sendiri. Diakhir pertemuan itu, beliau berjanji akan menyiasat aduan yang dikemukakan secepat yang mungkin. Saudara Salman Saleh kemudiannya mengadakan sidang akhbar diperkarangan pejabat tersebut.
Berikut adalah laporan yang telah dibuat pada hari tersebut :-
i
21 November 2008 / 23 Zulkaedah 1429
Kepada;
Pengarah,
Badan Pencegah Rasuah Negeri Perak,
Jalan Raja Musa Aziz,
Peti Surat 6000,
30760 Ipoh.
Y.Bhg. Tuan,
ADUAN UNSUR SALAH TADBIR URUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MENGENAI PEMBINAAN BANGUNAN DEWAN ORANG RAMAI
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) ingin membuat aduan berkaitan unsur salah tadbir urus pengurusan dan pentadbiran dalam kebenaran pemberian pembinaan bangunan kekal Dewan Orang Ramai di atas hak milik tanah persendirian atau wakaf.
Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini, telah meminta supaya semua Dewan Orang Ramai diserahkan pentadbirannya kepada Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK). Manakala Datuk Saarani Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan telah memberikan penjelasan berkaitan terdapat hak milik bangunan tersebut dibina adalah atas nama pensendirian atau wakaf.
Adalah menjadi matlamat atau dasar pembinaan bangunan Dewan Orang Ramai adalah untuk kegunaan masyarakat setempat sesuatu kawasan itu. Tetapi timbulnya persoalan apabila tanah kawasan pembinaan bangunan Dewan Orang Ramai itu bukanya hak milik bersama yang diuruskan oleh JKKK tetapi ianya adalah bersifat hak milik peribadi.
Oleh yang demikian, kebimbangan kami adalah berdasarkan perkara berikut;
Bagaimana kebenaran pemberian pembinaan bangunan kekal atas nama kegunaan Orang Ramai di atas tanah pemilikan persendirian / wakaf
Sebelum sesuatu kebenaran pemberian pembinaan bangunan kekal, perkara yang dirujuk adalah berkaitan perundangan atau undang-undang Kanun tanah negara berkaitan pemilikan hak milik tanah menjadi asas untuk peruntukan pembinaan bangunan Dewan Orang Ramai ini diluluskan oleh Kerajaan.
Ada pun kelulusan dan kebenaran bertulis sebelum satu pembinaan bangunan kekal dijalankan adalah menjadi perkara paling penting. Ini kerana tidak akan timbul perkara berbangkit setelah bangunan tersebut didirikan dan tiada tuntutan akan datang berkaitan bangunan tersebut kelak.
Setelah kebenaran diperolehi, maka satu perjanjian berlandaskan prinsip ekuiti mesti dimeterai antara kedua-dua belah pihak. Jika prinsip ekuiti ini dilanggari adalah menjadi satu kesalahan kerana matlamat asal pembinaannya dan kerugian yang akan ditanggung oleh rakyat dan kerajaan amat tinggi.
Pelanggaran Prosedur Pentadbiran dalam mengeluarkan dana Kerajaan
Perkara yang paling penting berkaitan isu ini adalah kesalahan dalam penggunaan peruntukan dana kerajaan untuk kegunaan rakyat. Persoalan yang berbangkit adalah siapakah yang memberikan kebenaran peruntukan sebelum kajian menyeluruh tanah kawasan pembinaan bangunan kekal Dewan Orang Ramai tersebut.
Mengapakah kebenaran-kebenaran ini diperolehi walaupun tetap melanggari undang-undang sedangkan ianya bertujuan untuk kegunaan orang ramai dan adakah kelulusan ini berkepentingan oleh pemilik hak tanah tersebut.
Adalah menjadi kesalahan di atas kegagalan yang disengajakan dalam memberikan kebenaran peruntukan pembinaan yang tidak sepatutnya berlaku. Isunya disebabkan dana rakyat disalahgunakan untuk tujuan berkepentingan pihak-pihak yang tertentu dan bukannya untuk rakyat seluruhnya.
Dengan ini kami menuntut supaya suatu siasatan menyeluruh dibuat di atas beberapa persoalan tentang kebenaran kelulusan dan kegagalan sistem penyampai yang tidak sepatutnya berlaku.
Sekian aduan kami.
Yang mengadu,
SALMAN SALEH
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.
i
i Read More......Khamis, 20 November 2008
DUNIA GILA VS FATWA
Kita sekali lagi dikejutkan dengan pendirian NGO bukan Islam baru-baru ini yang membantah kenyataan Fatwa pengharaman pengkid. memang keterlaluan jika difikirkan. sepatutnya kerajaan dan pehak bertangungjawab perlu membuat kenyataan yang tegas menyokong majlis fatwa serta memberi amaran keras dan tindakan kepada NGO tersebut.
Keadaan ini membimbangkan umat Islam sekiranya sudah ada pihak2 yang berani mempertikan secara jelas mengenai Agama Islam.
Namun...bertu juga apa yang di katakan oleh Tn. Guru Nik Aziz. kalau umat Islam sendiri yang menolak Islam apakah kita mengharapakan bukan Islam untuk membela Islam. Mereka sudah tentu lebih jahil. Maka terjadilah pelbagai penyakit kronik dikalangan umat Islam kini. Lihat saja dialog dibawah yang rakan setugas teman sendiri mengalaminya. Tak mustahil suatu hari ada orang Islam (yang mengaku Islam) menentang Islam secara jelas. Sama-samalah kita fikirkan....
no tu : Hello ni Zaidi ker? ini mamat(bukan nama sebenar).Ingat lagi tak?
aku : hello. ye zaidi ni.Sapa erk?xberapa ingat ler.sori…
no tu : Ala dulu awal tahun kita pernah jumpa kat GM. Zaidi bagi no tel kat saya.Ingat lagi tak?
aku : O ye kot…sori ler terlupa benda dah lama.Keje kat Ipoh lagi ker.(aku hentam wat2 kenal ler…sambil2 tu aku cuba ingat2 siapa mamat ni.Yang aku ingat pernah sekali tu aku makan kat GM ngan wife,ada satu mamat kata kenal aku.lama tak jumpa dia minta no tel.Aku rasa mamat tu ler. Modus operandi yang licik)
no tu : Emm bila kita leh jumpa ye? Skrang saya dah tukar ker Teluk Intan.
aku : (terdiam sekejap…cari alasan xmau jumpa.Aku dok agak dia ni MLM punya orang)
no tu : Emm mcm ni zaidi…saya nak tanya peribadi sikit ni…boleh ker?
aku : Peribadi?hal per…?
no tu : gini zaidi…saya minat sangat ngan zaidi.pertama kali nampak zaidi dulu jiwa saya dah xtenteram.Banyak kali saya tel zaidi xpenah jawab.Boleh tak kalau kita nak berkawan…?
aku : eh kawan per lak…..?(terkelu aku…betul ker mamat ni)
no tu : Ala boleh ler…zaidi hensem,smart.saya suka org macho mcm zaidi ni.
aku : hello…hello…hello…lor pasal per xdengar lak ni...(aku pura-pura tak dengar… stop perbualan.GILA! kalau perempuan yang cakap macam tu ok ler juga.Ni jantan…herannya suara dia tak ler lembut macam maknyah tu.Heran aku…jantan per lak ni? Read More......
Rabu, 19 November 2008
MAJLIS MAKAN MALAM PASTI IPOH TIMUR
Persembahan nasyid yang mengagumkan. Adik yang main ape nama(drum besar tu) bukan main ligat tangan memukul drum. tak padan dengan tinggi. dekat sama tinggi drum tu....
Mujahidperak bersama teman-teman. Alhamdulilah... dapat juga makan pada akhir program... semua ajk makan dengan berselera. maklumlah letih bertugas dari pukul 2.00 ptg lagi. terutama pengarah program.
Isnin, 17 November 2008
Kampung Teman

Read More......
TARBIAH SATU KEWAJIPAN
TAKRIF TARBIYAH HARAKIYYAH
Proses perubahan terhadap diri yang dicetuskan melalui penyemaian dan penyuburan benih ilmu dan iman, pengasuhan amal dan akhlaq serta pengukuhan iltizam ke arah penegakan amal Islami dalam konteks pergerakan jama’ah Islamiyyah.
Al Jumu’ah :2, Al Hujurat: 7
TARKIZ TARBAWIY
Tarkiz berarti pusat atau titik perubahan yang menjadi sasaran kepada sentuhan tarbiyah iaitu :
a. Aqal
b. Ruh
c. Hati
d. Nafsu
Al A’raaf : 172
`Ingatlah di dalam jasad ada seketul daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasad…….ingatlah ianya adalah HATI’ - Al Hadith`Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga hawa nafsunya mengikut apa ( syariat) yang aku bawa’ - Al Hadith
MATLAMAT TARBIYAH HARAKIYAH
Melahirkan anggota-anggota jama’ah yang melengkapi syarat-syarat keislaman iaitu :
Keimanan yang kukuhIlmu dan fikrah yang jelasKeperibadian yang luhurIltizam yang kuat terhadap Islam dan perjuangannya.
Al Hujurat : 15
Memperlengkapkan anggota-anggota dengan persiapan sebagai dai’e mujahid iaitu :
Berkebolehan memimpin dan mentarbiyah mad’uMampu untuk menyampaikan fikrah jama’ahBersikap kritis dan berpandangan tajam terhadap waqi’e
Menghayati prinsip-prinsip berjama’ah dalam amal jamai’y dan tanzim.
Melakukan penguasaan tarbiyah sepenuhnya terhadap perjalanan dan pergerakan jama’ah iaitu: Aktiviti jamai’y dan ijtima’iyKepimpinanOrganisasi.
PENGUASAAN TARBAWIY
Penguasaan Fardi
A. Bidang-bidang penguasaan
1.Pemikiran
2.Percakapan
3.Amalan dan tindakan
4.Kawalan diri dan emosi
5.Perangai
6.Sikap dan tingkah laku
7.Kesedaran hatiKeinginan diri
`Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik atau dia diam sahaja….’ – Al Hadith
B. Pendekatan dan wasail fardia.
1.Qur`aniy.
2.Zikrullah.
3.Tafakur.
4.Ibadah.
5.Masjid.
6.Muraqabah
7.Penguasaan Jama’iy
Prinsip-prinsip Penguasaana.
1.Mengutamakan yang positif dari negatif
2.Mengutamakan kesederhanaan dari melampau
3.Berterusan walau pun sedikit
4. Meletakkan aulawiyat dalam takwin
5.Pembentukan melalui qudwah
6.Pembentukan kullie dan bukan juz`ie
7.Kesejahteraan bi`ah
8.Kesan pahala dan dosa
9.Mengenali ahli dan meletakkannya pada marhalah yang betul
10.Meletakkan ahli berperanan dalam tanzim mengikut keupayaan dan kemampuannya.
Kesan-kesan Penguasaan Cara dan sikap pemikiran;
1.Ketaatan dan wala’Iltizam
2.Kesediaan dipertingkatkan
3.Kesediaan disusunatur
4.Kesediaan bekerja dan berkorban untuk amal islami
Pendekatan dan wasail jama’iy
1.Usrah
2.Tamrin
3.Rehlah dan mukhaiyyam
4.Halakat umumi dan khusus
5.Daurah ilmiyyah
6.Mu’ayasyahIjtima’iyyah
Rujukan :
1. Fi Afaqit Ta’alim - Sa’id Hawwa
2. Al Madkhal ila dakwah al Ikhwan al Muslimin - Sa’id Hawwa
3. Al Isti’ab fi hayatiddakwah wada’iyyah - Fathi Yakan
4. Manhaj Tarbiyah PAS
Ahad, 16 November 2008
Ini Teman

- Teruskan Perjuangan, Tingkatkan Kefahaman"
- Nama diberi Ahmad Firdaus b. Mohamad Kelahiran di bumi bertuah Perak Darul Ridzuan. Dilahirkan oleh ibu tercinta pada tahun 1980. Bekhidmat di Ipoh Perak sebagai Mujahid.
Keluarga Teman

Diskusi Usahawan Kali ke 2

Jamuan Makan Malam Bersama MB Perak

Hadis Minggu Ini
(Hadis riwayat Al-Bukhari)