"Teruskan Perjuangan, Tingkatkan Kefahaman"

Isnin, 22 Disember 2008

PENGHARGAAN BUAT PACA

21 Dis. 08 (Ahad)Parit Buntar. Teman tak plan nak balik kampung minggu ni sebab banyak koje nak dibuat. Tapi disebabkan ada kenduri sepupu, kenalah juga balik kampung. Dalam kepala ni riso je tarikh 26hb Dis nanti. Sebab target 300 peserta makan malam bersama MB belum tercapai. Sekarang baru 210 orang alhamdulillah. Harap ajk2 semua teruskan gerak kerja mencari peserta makan malam yang tidak lama lagi. Pastu 29 program usahawan bersama GLC Perak pula. Kena rancang masa betul2 baru dapat di manfaat kan sebaik mungkin. Nasib baik bebudak dah cuti, so keja pun dah kurang. Leh spent lebih masa untuk program. Tuan setiausaha (pakjan) nta kena keja keras sikit. Dok mengulat je... mentang2 darah manis.
Kebetulan pula pada malam tersebut diadakan majlis penghragaan PACA bagi Parlimen Pb. Buntar. Alhamdulillah ada juga program yang boleh teman join semasa berada di kampung.Pada malam tu (ahad) ada program penghargaan kepada PACA Parlimen Pb. Buntar melibatkan 2 dun. Kuala Kurau dan Titi Serong. Program di jalankan di Markaz Tarbiah Kaw. Pb. Buntar jam 9.00 mlm.
Program ini bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan para petugas PACA yang bertugas pada PRU yang lepas. Kehadiran agak membanggakan lebih daripada 150 orang. Sehinggakan YDP Kawasan kata "Kalau tengok kehadiran malam ni, mcm nak PRU dah dekat" Semangat betul para petugas. Siap pakai baju petugas warna kuning yang dipakai pada PRU lepas lagi. "Kearah Pilihanraya Tulus dan Bersih".
Malam tu ucapan diampaikan oleh pengarah Dun K.Kurau, Sdr. Bahrin, Pengarah Dun. Titi Serong Hj. Ibrahim, YB. Khalil Idham Lim dan YDP PAS Kawasan.
Kesemua ucapan menjuruskan kepada pengharagaan dan berterima kasih diatas kesungguhan melaksanakan tugas sehingga mencapai kemenangan yang bergaya (3/0)..Alhamdulillah... Disamping Itu YB dan YDP memberi kata semangat dan motivasi kepada petugas supaya tidak mudah alpa dengan kemengangan kerana "mengekalkan kemenangan lebih sukar dari memperolehi kemenagan". Semangat jihad dan pengorbanan ini perlu diteruskan sehingga lah mencapai kemenangan mutlak iaitu mengusai pemerintahan Kerajaan Pusat. Ingatan juga diberi kepada petugas agar tidak leka dengan tugas sebagai PACA terutama bagi mereka yang memegang borang 14. YDP menyatakan sekiranya jatuh dalam parit, biarlah diri tenggelam (syahid) tetapi borang 14 hendaklah dijulang agar tak hilang. Begitulah betapa penting borang 14 itu dalam sistem pilihanraya. Kerana kesilapan dalam menguruskan borang 14 ini boleh mengakibatkan kemenangan berpihak kepada musuh kita.
Pada akhirnya, setiap wakil UPU mewakili petugas PACA lain menerima sedikit cenderahati. Bukanlah nilai wang itu di perhatikan. tetapi sekadar penghargaan. Dan nilai yang sebenar ialah penghargaan oleh Allah ketika bertemu dengan Rab'buljalil pada hari akhirat nanti. Kerana itu di ingatkan supaya kita membetulkan niat dengan mengikhlaskan diri dalam melaksanakan apa jua tugas yang diamahkan. Apatah lagi sebagai PACA iaitu sebagai benteng terakhir jamaah dalam PRU. pada malam tersebut juga diserahkan sijil2 penubuhan cawangan2 baru. Sebelum mengakhiri program para petugas yang memakai baju berwarna kuning bergambar beramai2. Rugi teman tak pakai baju kuning. Silap pakai baju hijau pula malam ni... Ingat hijau je.. mana pi baju kuning tu entah...Program diakhiri dengan jamuan makan malam dan tamat pada pukul 11.00 mlm. Teman tak sempat makan kat situ, kerana nak bergegas balik ke ipoh. kalau tak tak koje lah teman hari ini.
Akhir kalam, semoga Allah terus memberi kekuatan kepada semua petugas PAS diseluruh Malaysia dan semua pejuang Allah di muka bumu Allah ini supaya terus istiqamah dalam memperjuangakan Agama Allah supaya dapat ditegaakkan. "Islam memerintah, bukan Islam diperintah"

"Teruskan Perjuangan, Tingkatkan Kefahaman"

Read More......

Jumaat, 19 Disember 2008

TULISAN JAWI DIMARTABATKAN SEMULA

19, Dis 08. Taman Cempaka, Ipoh.

Satu Kenyataan akbar dan sidang media oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timur telah berlangsung di hadapan papan tanda Taman Cempaka. Kenyataan ini di lakukan diatas menjawab isu penggunaan 4 bahasa pada papan tanda Taman tersebut iaitu tulisan rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tulisan india. Dalam media utama, kerajaan umno telah mempolitikkan isu ini dengan mengatakan seluruh papan tanda jalan di taman tersebut akan ditukar kepada tulisan cina dan india. Ini adalah pembohongan yang nyata dilukukan oleh media masa yang pro kepada kerajaan. Dalam kenyataan media ini, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT), Salman b. Saleh telah menjelaskan yang Dewan Pemuda Pas Kawasan menyokong penuh penambahan tulisan jawi pada pada papan tanda tersebut. Dimana tulisan jawi yang suatu ketika dahulu telah dimatikan dan dikuburkan tanpa nisan oleh pemimpin kerajaan. Dan kini tulisan jawi dimartabatkan kembali dengan tetulisnya tulisan ini pada papan tanda tersebut.
Turut hadir pada sidang media tersebut adalah YB Wong, Adun Canning dan barisan AJK DPPK IT.
Pada akhirnya DPPK IT mengharapkan isu ini tidak di politikkan sehingga menimbulkan sentimen perkauman dan memecah belahkan masyarakat yang hidup aman dan harmoni kini. Dimana Agama Islam juga menekankan supaya kita menghormati agama dan bangsa-bangsa lain seperti yang diajar oleh Al-Quran. Diharapkan dengan usaha ini bahasa melayu dan tulisan jawi dapat dimartabatkan semula oleh orang-orang melayu.


maaf tulisan tak berapa nampak



Read More......

Khamis, 18 Disember 2008

PENJELASAN ISU SEMASA

18 Dis 08, Ipoh. Pada pagi ni teman gi makan di kantin. tengah sedap makan hp berbunyi. Oh.. Mohamad KY Tiang call. " Firdaus, ini pagi boleh datang ka. ada orang bayar RM120.00 untuk jamuan. ana ini malam tak dpat datang meting ada program lain". Ok..ok.. boleh je... teman jawab.
Kbetulan ketika itu En. Bo (bukan nama sebenar) sampai. Lalu dia pun mula kan cite (borak2 cafe). nampak gaya macam banyak mempertikai dan mepersoalkan MB Perak. Teman pun memberi jawapan apa yang teman tahu. Jawab dah jawab tapi macam tak puas hati je... so teman kata kalau tak puas hati jom kita ke pejabat MB pagi ni. Kebetulan teman nak gi sana amik duit. Apelagi dengar je nak gi sana Mr. Bo semangalah... lalu dia terus masuk opis cari sorang lagi kaki ngopi yang selalu menghangatkan kafe teman Mr.Eo (bukan nama sebenar). Dia ni umno tapi Pas. Entahlah, kekadang sokong kekadang hentam. Kita sebagai orang yang faham dan membawa perjuangan kena sikap nutral cikit. iakan dulu...pas tu bantai la balik. tapi depa ni ok...walaupun tahu teman Pas tapi tak de masalah kat tempat koje.
Cari punya cari, rupanya meting. At last ajak bos teman Mr.Ro (bukan nama sebenar). Dia pun semangat juga. Siap nak keta dia pula....
Sampai je kat Pej. Suk teman pun bawa sahabat2 ni ke pejabat pegawai khas MB. Mohd KY Tiang. Deme ni tak penah masuk pej. MB. So macam risau je...teman pun dulu haram tak penah jejak ke opis ni. sekarang dah kita memerintah baru merasa masuk pejabat MB ni. sebagai rakyat teman rasa bertuah diberi layanan begini tanpa ada birokrasi. Sampai je lepas memperkenalkan mr. bo dan mr. ro teman pun minta Mohd jelaskan isu yang terbuku dihati mereka. alhamdulillah semua isu yang di tanya. dapat dijawab dengan begitu baik oleh mohamad. Nampaknya mr. bo dan mr.ro macam begitu puas hati dengan penjelasan. Masa nak balik sempat lagi mohd bagi satu bundle bulitin perak untuk bulan depan punya (tahun depan).
Tahniah buat Mohamad KY tiang yang begitu berhikmah menjelaskan sesuatu isu. penggal depan jadi YB rasanya sahabat teman ni...
Akhirnya... semoga Islam dapat ditegakkan.

Read More......

KAMPUNG TEMAN

Kampung Teman : Siri ke-2 Ban Pecah

Assalamualaikum buat sahabat2 teman. Maaf sehari dua ni teman tak de berita nak disiarkan. Oleh itu teman nak berkongsi lagi dengan sahabat-sahabat keindahan kampung teman lagi.. he...he... maaflah yer...sekadar mengisi masa dan insyaAllah teman kaitkan sedikit dengan perjuangan. Kerana Allah menjadikan keindahan itu adalah untuk supaya hambanya berfikir akan kebesaran Allah swt. Dalam siri pertama teman ada citakan tentang bendang dan tali air. kali ini teman nak bercerita tentang laut. Teman juga bukan anak nelayan, tetapi kpg teman juga behampiran dengan laut. Bahkan kawasan Tg. Piandang dan Kuala Kurau ini merupakan antara pengeluar ikan terbesar di negeri perak ni. Oleh itu baik kiranya teman berkongsi dengan peminat2 (kaki) pancing. he...he....

Ban Pecah
Nama yang begitu senonim dengan masyarakat kampung teman. Ape dia tu banpecah? Banpecah tu adalah pantai sepanjang Tanjung Piandang sehingga ke sempadan Kuala Kurau. Ia merupakan perkampungan nelayan. Dan kini menjadi tempat pelancongan masyarakat setempat malah ada juga dari luar yang hadir untuk melihat keindahan laut dan matahari terbenam dari pantai ini. Malah rancangan jalan-jalan cari makan pun pernah kesini. Dan memilih satu kedai makan. Kalau tak silap kedai makan gulai iakan sembilang. Sedap orang kata, tapi teman pun tak penah makan situ.
Oh ya... . mcm mana dapat nama ban pecah tu ye...? Sejak dari teman kanak-kanak lagi dah di kenali sebagai ban pecah. Nama tu di beri kerana tanah kawasan tersebut telah habis dimakan laut (roboh). Lihat sahajalah gambar, sehinggakan terpaksa di hadangi dengan batu2 supaya laut tidak terus makan pantai. Seingat teman dulu lebih kurang 500m teman berada di tengah laut pantai banpecah ini. Maksudnya ada tanah dan pantai di tengah sana. Untuk membuktikan ada ana sertakan gambar (disebelah) sebahagian pulau di tengah laut. pulau tulah dulu teman dan kawan2 teman dok main kat sana. siap ada pantai pasir lagi, cantik time tu. Boleh mandi lagi...he..he walaupun tak bersih. Tipi budak2... mana fikir, kira nak seronok je...sekarang masyaAllah orang bagi 1000.00 pun tak mandi. Sebenarnya ada sejarah di sebalik pantai banpecah ni. My Mother teman cita dulu lagi luas. sekitar 1km tanah pantai tersebut dan merupakan ladang kelapa. Bayangkan dah dekat 2km tanah dimakan oleh laut, jauh tu... Ape yang dicite oleh masayarakat setempat tanah tu dulu milik anak yatim tetapi disalah guna sehinggakan Allah memusnahkan dengan menghakis tanah tersebut sehingga habis. Kini pantai banpecah tu betul betul di tepi pekampungan. Sebelah laut bendang...pelik tak sebelah laut ada bendang. itu realitinya...Kalau lah pecah lagi... maknanya air laut akan masuk ke bendang dan ke rumah orang kampung. Ya Allah lindungilah kampung teman. Dulu semasa Tsunami berlaku di Aceh, penang dan kedah ramai orang bercerita. Tapi sebenarnya kampung teman (banpecah) ni pun turut terkena tempiasnya. yang mati 2 orang di perak tu kampung teman lah...Teman ada di kpg time tu. Orang kata air laut pasang surut, pasang surut. Rugi teman tak gi tengok time. ingat biasa je....
banpecah ni sebenarnya cantik dan indah sebagai tempat untuk beriadah bersama keluarga dan anak2.
Disamping itu boleh menenangkan fikiran, sambil melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti memancing, makan2, jalan2, kutip kulit siput dan lain2. Ada juga sesekali pertandingan memancing disini.
Tapi masalahnya ada yang salah guna temapt yang cantik di anugerahkan oleh Allah. Masalah sosial kini kian meruncing. Teman ingat lagi dulu masa kecik2 ramai kata orang buat maksiat kat sini, sebab tu Allah bagi hakisan dan pecah pantai ni. Tapi bila kini teman lihat memang benar... MasyaAllah ape nak jadi dengan anak2 muda mudi sekarang ni... dah hilang perasaan malu. Orang ramai lalu lalang pun tidak di kisahnya. Kalau ada ustaz kasuri mesti kena pelempang...sapa tak kenal beliau...teman tak berani. Kalau ramai2 dengan unit amal beranilah nak tegur. Sekadar benci didalam hati lah. Lemah betul teman ni.....Mudah mudahan ada perubahan selepas PAS memerintah. Alhamdulillah apa yang teman dengar dari sahabat2 PAS di kampung. kini JKKK dah menyusun program bertindak untuk menanggani masalah sosial ini di peringkat kampung. Nak harap yang lame...udah ler..tidak dihiraukan oleh umno (JKKK dulu). Di samping itu teman harap penguatkuasa JAIP dapat lah sesekali jengok kesana dan membuat pencegahan maksiat. Semoga dapat di bersihkan perkara-perkara ni.
dalam perjalan teman ke sana baru-baru ni teman berasa bangga sekali. Ada juga bot nelayan yang memasang bendera PAS pada bot. Pergh..... hebat...hebat... dulu jangan harap ada. Kpg. nelayan ini memang kawasan biru (umno). tapi kini sinar bulan telah menyinari penduduknya. Mudah-mudahan diberkati dan di tambah rezeki oleh Allah kepada penduduk disini. Ingat teman kepada Dato' Presiden (Tuan Guru Hj. Hadi Awang) kita yang juga seorang nelayan. Cume teman je bukan anak nelayan, tapi ikut2 naik sampan tangkap ketam dulu kecik2 adalah. kalut kayuh sampan laju2 bila nampak awan gelap (tanda nak hujan) kalau tak.. karamlah sampan. he..he...
satu lagi teman nak cite dan nak singkap kembali sejarah... teman tak pasti group mana dari poly yang penah wat tamrin kat sini dulu. Siap kena rendam dalam laut lagi...ha...ha... yang muslimatnya kena bantu makcik tanam padi. Pengalaman yang bagus malamnya pertemuan dengan YB Dato' Hasan Ali. Ketika itu beliau YB Dato' Hasan Ahli Parlimen Kaw. Pb. Buntar. Rindu pula nak dengar ceramah beliau kat perak ni.
Akhirnya teman berharap kampung teman ini bertambah maju dan makmur dibawah pimpinan PAS (Pakatan Rakyat). Semoga Allah melimpahkan barakah kepada semua rakyat supaya dapat hidup dengan aman dan makmur. Seterusnya Islam dpat ditegakkan di bumi bertuah ini....




Teman sekeluarga bergambar bersama di pantai Banpecah. Datang lah singgah....








Anak teman mujahid siap posing atas bot lagi. he..he..







Perkampungan nelayan






"Teruskan Perjuangan, Tingkatkan Kefahaman"

Read More......

Selasa, 16 Disember 2008

Mercedes E200 Kompressor vs Toyota Camry 2.4








Mari kita bandingkan..

Harga 14 buah Mercedes E200 Kompressor
RM 3.43 juta (setelah ditolak cukai)
Harga sebuah
RM 245,000
rujuk:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Harga 16 buah Toyota Camry 2.4
RM 2.672 juta (tidak ditolak cukai)
Harga sebuah
RM 167,000
rujuk:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

Entah kenapa tiba-tiba sahaja UMNO/BN nak menjadi juara dalam memperkatakan isu pembaziran, sedangkan perbezaan harga sebuah kereta Mercedes dan Toyota ialah RM 78,000 (itu belum potong cukai lagi).

Penulis sebenarnya sejak awal lagi telah menjangkakan apa reaksi UMNO/BN, seperti yang dijangkakan, kelihatan salsadu-salsadu UMNO meroyan.. (3 hari 3 malam meroyan..)


Perdana V6 Executive

Sebenarnya dengan isu toyota Camry sekarang, kerajaan Perak boleh menarik nafas lega kerana ia menandakan BN Perak ketandusan isu. Kerja kuat MB khususnya, adalah antara penyebab kegagalan BN mencipta isu. Namun dengan suasana masyarakat yang malas berfikir dan bergantung dengan media kerajaan seperti TV dan radio serta akhbar arus perdana,mungkin ada sedikit kesukaran.

Semua tahu dengan nilai kualiti kereta nasional. Bukan satu rahsia tentang kereta nasional di pasaran antarabangsa adalah kereta yang berlainan dengan kualiti tempatan malah harga diluar lebih murah dari di rumahnya sendiri. Di pasaran tempatan kini, kereta Toyota, Honda dan Nissan adalah pilihan masyarakat pertengahan. Bagi yang memilih gaya pastinya Mercedes dan Volvo atau BMW menjadi pilihan. secara jujur adakah menteri atau kabinetnya yang hanya memiliki kereta jenis nasional sahaja. Kalau ada yang memiliki kereta nasional seperti Perdana, ianya mungkin kereta kedua atau simpanan untuk menunjuk sikap patriotik konon....

Perdana adalah satu kereta tempatan yang agak mewah. Sebagai galakan, Kerajaan mengarahkan semua agensi dan kerajaan negeri menggunakan kereta nasional. Namun isu perdana bukan isu baru. Ianya pernah dibahaskan di Parlimen tentang niliai kualiti khususnya "Gear box". Oleh kerana ianya berupa arahan tak langsung maka semua arahan itu diturutkan. Apa susahnya??? kalau rosak kerajaan tanggung...kalau nasib baik boleh "untung" plak!

Apabila kerajaan Perak menyatakan hasrat menukar kereta Perdana dengan Camry, riuhlah pemimpin BN di Perak. Tajol Rosli sendiri bertungkus lumus di dewan kononnya sebagai prihatin nasib rakyat.Namun semua tahu, kereta Rasmi MB yang dipakai Nizar kini selain Perdana ialah KIA Sorento Dan Mercedes pacuan 4 roda warisan tinggalan Tajol Rosli. Hasrat Tajol ingin membeli dengan nilai harga murah terhalang kerana DS Nizar ingin menggunakan kereta second hand Tajol demi penjimatan wang rakyat.

Tujuan Perak membeli Camry pun adalah kerana inginkan penjimatan . Jawapan di DUN Perak baru baru ini menyatakan bahawa lebih sejuta (1.3juta) adalah kos penyelengaraan. Kos tersebut boleh dijimatkan apabila Perak menggunakan Toyota Camry. Di fahamkan kos penyelengaraan selama 3 tahu kereta jenis import adalah percuma. Bukan hanya kos buruh tetapi termasuk kos lain.

Keutamaan kerajaan PR adalah penjimatan wang rakyat. Semangat patriotik adalah penting! namun apalah gunanya jika "BERGAYE TAPI PAPE". Tak payah le pmimpin berkokok tentang pembaziran kerana semua tahu erti [pembaziran kerajaan BN dulu. Untuk Zamry Kadir " bertanyalah tentang Jeti di Sungai Pinang Kecil yang jadi "pulau timbul" sekarang. Kosnya pun kena tanya dia... nak tumpang memancing pun tak boleh! Untu erti Patriotik, tak payah merenung jauh... kita tanya pula berapa ramai pemimpin BN seluruh negara memiliki kereta peribadi jenama Nasional ???? Kalau tak de atau hanya kereta untuk berlakon??? ghentikan... Namun mungkin Datin Rosmah adalah contoh wanita Malaysia yang berjiwa Patriotik dalam BERBELI-BELAHHHHHHHH!

Copy by : http://islamreturn.blogspot.com/
http://anaksengat.blogspot.com/

Read More......

PELANCARAN SATU CAWANGAN SATU USRAH

Pada hari jumaat lepas 12 Disember teman terlepas nak bersama-sama sahabat ke KL tu mesyuarat khas Muktamar Alumnai. Teman dah susun tarikh tersebut dan berhajat nak kesana. Tapi, semuanya perancangan Allah. Dan sudah pasti perancangan Allah itu adalah terbaik.

Seperti firman Allah swt yang bermaksud;

“Manusia merancang, Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik”

Maaf buat tuan YDP yang dah lama pesan supaya teman turun turun. Tapi, tak pe teman dah sediakan laporan khas tugasan yang diamanahkan. Tima kasih buat sahabat yang dapat mewakili zon utara seterusnya membentangkan hasil mesyuarat yang diputuskan oleh kita.

Ketidak hadiran teman kesana adalah untuk menunaikan tanggungjawab jamaah jua, iaitu Majlis Pelancaran Satu Usrah satu Cawangan Peringkat UPU Tg. Piandang (kampung teman). Pelancaran ini adalah rentetan dari arahan PAS Negeri Perak melalui Lajnah Tarbiah yang melancarkan kempen ini peringkat negeri Perak pada 2 Ogos 08 yang lepas oleh AF Utz. Idris hj. Ahmad.

Antara objektif kempen ini adalah untuk;

1. Menyusun dan menstrukturkan semula pengurusan usrah

2. Mengaktif/ memperbanyakkan usrah di setiap kawasan/ cawangan

3. Membina kualiti dan kuantiti ahli pas yang semakin mampan

4. Melahirkan naqib-naqib yang berwibawa

5. Melatih ahli menjadi golongan pemimpin pelapis

6. Merialisasikan kemenangan pilihanraya

Teman, dah lama berharap kampung teman ini melaksanakan usrah. Sejak mula2 begiat lagi. Tapi teman tak mampu. Maklumlah, teman ni orang mude. Pengalaman pun kurang. Apatah lagi berhadapan dengan ahli PAS yang sudah sedarah sedaging dengan PAS. Hidup mati dalam perjuangan. Itu tidak dapat di nafikan oleh orang mude seperti teman. Mereka-mereka ini adalah golongan pendokong terawal PAS yang melalui perit getir yang lebih pedih dari perjuangan golongan muda kini. Zaman mereka yang berdakwah menggunakan perahu dan begitu terhad penerangan. Namun mereka tetap istiqamah dalam perjuangan. Itulah mereka yang berpangkat bapak bapak kita yang lebih dahulu merasa garam dari kita.

Namun apabila peringkat negeri telah melancarkan kempen. Maka, tergerak dihati teman untuk membantu UPU kpg. teman turut melaksanakannya. Bukan teman kuatir akan tarbiah mereka. Bahkan mereka ini kalau hiris tangan pun darah dah berwana hijau. Begitu hebat dan yakinnya mereka dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS. Maklumlah kpg. teman ini berada dalam kawasan Pb. Buntar yang dulu dikenali kawasan Kerian. Kawsan ini adalah satu-satunya kawasan yang memenangi pilihanraya pertama pada tahun 1955, jika disingkapkan kembali sejarah. Ini bermakna PAS telah sebati dengan jiwa orang-orang lama ini. My father juga ahli PAS yang terawal iaitu sekitar ahli ke 50 – 60 yang mendaftar sebagai ahli dan pernah bertanding. Itulah yang dimaklumkan oleh my mother teman. Jadi kebanyakan mereka adalah rakan-rakan ayah teman. Agak segan dan kekok untuk kita orang muda untuk mengajar mereka erti perjuagan apatah lagi tarbiah. Cuma apabila pada peringkat negeri telah memberi arahan maka semua kawasan dan cawangan wajib menurutinya. Oleh itu teman mengambil iniseatif untuk melancarkan kempen satu usrah satu cawangan peringkat UPU Tg. Piandang. UPU ini merangkumi 4 cawangan semuanya.

Alhamdulillah, perancangan sejak dari Hari Raya Aidiladha berjaya dilaksanakan pada malam tersebut. Program bermula dari solat magrib berjamah dan di turuti oleh kuliah yang disampaikan oleh AF Utz. Sobri b. Hj. Sabran. Beliau adalah anak kepada Utz. Sabran iaitu bekas Pesuruhjaya PAS negeri Perak. Ust. Sabran adalah seorang ulama dan pejuang yang tidak boleh dipertikaikan lagi dalam siasah khasnya di negeri Perak. Sehinggalah beliau meninggal dunia di Makkah ketika menunaikan Haji dua tahun lepas. Begitulah kehebatannya sehingga dijemput Allah swt pun ketika melaksanakan ibadah haji di Makkah. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada beliau (Al-fatihah). AF Ustaz Sobri juga bukan calang2 orangnya. Dimana tidak tertumpah kuah kalau tak ke nasi. Teman kenal beliau sejak beliau bergiat dalam DPPN lagi. Dan kini dah pencen pun (pencen pemuda) dari DPPN. Dan aktif pada peringkat kawasan Bagan Serai serta merupakan Ahli Majlis Daerah Kerian.

Antara pengisian beliau adalahmenerangkan tentang system tarbiah usrah yang begitu asing dikalangan golongan yang ana maksudkan diatas. Antaranya ialah beliau menerangkan PAS memerlukan ahli-ahli yang istiqamah dan bersungguh-sungguh dalam perjuangan. Oleh itu dalam usaha memantapkan dan meramaikan amilin dan murabitin dalam usaha mengukuhkan jentera gerakkerja PAS dalam semua sector, PAS memerlukan ahli yang ramai serta ditarbiah secara sistematik. Dan beberapa perkara lagi disentuh termasuk kelemahan ahli yang tidak enteng atau berminat dengan usrah. Kebanyakan akli lebih suka ceramah daripada usrah. Lalu beliau member nas dan dalil yang amat kuat apatah lagi dengan arahan pimpinan peringkat negeri yang mengarahkan usrah dilaksanakan di peringkat cawangan.

Alhamdulillah… fasa pertama majlis berlangsung dengan baik. Kehadiran boleh membanggakan dalam 30 orang lebih. Manakala selepas ini majlis akan di sambung dengan pelancaran satu usrah satu cawangan oleh YB AF Ust. Khalil Idham Lim. Adun Titi Serong yang merupakan Tim. YDP Kawasan dan merangkap Ketua Laj. Tarbiah Kawasan Pb. Buntar. Beliau adalah anak kelahiran Kelantan yang memeluk Islam dan kini bergelar ustaz. InsyaAllah jika bekesempatan teman akan citakan sejarah hidup beliau didalam blog ini suatu ketika nanti. Cuma sedikit teman nak sentuh. Teman ingat lagi semasa teman baru tamat belajar dan mula berjinak-jinak dalam wadah PAS. Beliau adalah KP Pb. Buntar ketika itu merangkap SU DPPN. Teman bekesempatan banyak juga belajar ilmu perjuangan dan pengobanan bersama beliau. Teman pernah bekerja dengan beliau di kedai CindoAntik (barangan kayu jati) kepunyaan beliau. Dan semasa era kegemilangan PAS tahun 1999- 2004 teman selalu diajak oleh beliau untuk meneman ke ceramah-ceramah PAS. Ingat lagi teman pernah ke Grik, KL dan beberapa tempat lagi sebagai peneman beliau sepanjang pejalanan. Ketika itu isu terpanas ialah Sekolah Agama Rakyat akan dimatikan. Kempen terbesar ialah “Selamatkan Sekolah Agama Rakyat (SOS)”. Pergh….Teman pun semangat je, walaupu tak kenal lagi erti perjuangan sebenar dalam PAS ni. InsyaAllah nanti teman sambung cita tentang YB Khalil Idham Lim.

Kembali kepada pelancaran. Tet…tet..tet.. teman dapat message. Erm..dari Ustaz Khalil. “ Ana akan sampai sebelum pukul 9.15 mlm”. Teman yakin YB Ust. Tentu banyak urusan lain sepanjang tempoh tersebut. Jam menunjukkan 8.30 mlm. Lagipun YB ust. dari Ipoh ptg tadi. Teman beselisih dengan beliau hentian RnR Sg. Perak. Beliau yang tegur teman… mana teman perasan pakai perdana V6 cermin gelap. Hebat dah sekarang bekas KP teman ni… bergaya sebagai YB. Tapi apa yang teman bimbang dengan message tersebut adalah waktu itu kemungkinan tak ramai hadirin yang boleh tunggu. Teman harap Ust. Sobri dapat lanjutkan. Tub..tub… ust sobri dah nak tamat kuliah sebab ada mesuarat katanya. Teman dah bimbang, so teman balas message “jangan lama sangat, faham-fahan lah orang kampung”.

Apa yang teman bimbangkan itu betul berlaku. Bila teman umumkan je program akan di sambungkan pada jam 9.15 maka adalah moto2 yang berbunyi… tandanya balik lah…. Jenuhlah teman dan AJK lain pujuk. Teman cakap kat sahabat pemuda, cabut je pluge moto… he..he..(tak buat pun, gurau je). Akhirnya tinggallah 10 orang…. Baru je Ust. Sobri peringat dan bancuh dalam kuliah tadi… dah hilang. Ape nak buat, dah macam tu. Yang pemudanya gi mesin padi malam2. Yang siniornya ada kenduri lah… so tinggallah yang hardcore-hardcore yang masih setia menunggu. Jam 9.20 tibalah YB AF Ust. Kahalil. Malu juga YB dating lancar Cuma ada 10 orang je… Tepaksa teman jelaskan dah ramai balik dan sendiri beliau pun faham masyarakat kampung. Kami pun memulakan majlis seterusnya. Pada majlis tersebut beliau berucap sepatah dua dengan member motivsai kepada ahli yang ada supaya memperkasakan jamaah dengan mengerakkan usrah di setiap peringkat cawangan dan beliau bersedia untuk turun kesetiap cawangan sekiranya dijemput hadir sebagai pemerhati dari pihak kawasan. Seterusnya selepas merasmikan beliau melancarkan satu usrah satu cawangan dengan memotong reben banting sebagai gimik pelancaran. Dan pada kemuncaknya beliau menyerahkan buku manual usrah kepada setiap wakil dari cawangan-cawangan iaitu cawangan Jalan Pantai Bt.10, Cawangan Pekan Tg. Piandang, Cawangan Kampung Nelayan dan Cawangan Jalan Pantai Lama Pasir Kedabu. Alhamdulillah selesailah majlis pelancaran tersebut. Cuma apa yang menjadi cabaran selepas ini adalah gerak kerja untuk meneruskan usrah kepada 4 cawangan tersebut. Teman dok di Ipoh, kekadang je balik kampung. Macam mana nak handle… Semoga Allah member kekuatan untuk teman terus berusaha supaya usrah dapat dilaksanakan di UPU Tg. Piandang ini. Teman yang lemah ini tak berdaya sekiranya tiada kudrat yang di beri oleh Allah dalam usaha menjayakan program ini. Semoga Allah member kekuatan dan hidayah juga kepada ahli di kpg teman supaya memandang serius dalam pelaksanaan usrah ini di peringkat cawangan2. Mudah-mudahan lahirlah pelapis-pelapis amilin di desa yang kini kebanyakan ahli yang bergerak aktif telah berusia lebih 50 tahun. Itulah sekitar pelancaran satu cwangan satu usrah bagi UPU Tg. Piandang, Perak. Tanah tumpah darah teman….wallahuaklam…..



YB. Ust. Khalil Idham Lim bergambar bersama wakil dari cawangan-cawangan.






Bersantai, sementara selepas mendengar kuliah. Paksu...paksu... letih nampak malam tu.




"Teruskan Perjuangan, Tingkatkan Kefahaman"

Read More......

Isnin, 15 Disember 2008

KEBESARAN ALLAH SWT

Tulisan Kalimah Allah

Pada hari raya korban yang lepas 8 Disember lepas teman di beritahu oleh adik teman akan peristiwa yang sememangnya menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Teman tahun ni tak bekesempatan besolat sunat Aidiladha di markaz kpg teman, kerana beraya di rumah mertua.
Apa yang dimaksukan diatas ialah terdapat kalimah Allah pada perut lembu yang telah dikorbankan pada hari tersebut. MasyaAllah.... Allah maha berkuasa menunjukkan kebesaranya. Siapalah orang yang memiliki (membuat) korban tersebut. Sudah tentu rezeki baginya sebagai tanda Allah merahmati dan menerima pengorbanannya pada tahun ini. Alhamdulillah....
Adik teman sempat merakamkan gambar perut lembu tersebut. Lihatlah kebesaran Allah dimana-mana jua...Subhanallah

Read More......

MEMAHAMI PERJUANGAN ISLAM

Siri ke2: MATLAMAT PERJUANGAN ISLAM
(siri terakhir)

Matlamat utama perjuangan Islam adalah untuk meninggikan kalimah Allah iaitu dengan terlaksananya syariatNya dan tunduknya segala fahaman, agama dan ajaran yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a. katanya: Sesungguhnya seorang lelaki Badwi iaitu Arab desa datang kepada
Nabi s.a.w. dan bertanya: “Wahai Rasulullah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejantanannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya. Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.” (Riwayat Muslim) Allah s.w.t. sendir menuntut agar agamaNya ini siletakkan mengatasi segala ajaran yang lain. Tuntutan ini jelas dinyatakan oleh Allah ketika menjelaskan tentang matlamat pengutusan Rasulullah s.a.w. kepada manusia.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dialah (Allah) yang telah mengutus rasulNya dengan hidayah petunjuk dan agama yang sebenar supaya dimenangkanNya atas segala agama walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin.” (al-Saff : 9)

Al-Maududi menyatakan:
“Sebagaimana halnya dengan din-din lainnya, din Allah ini juga menuntut bahawa seluruh wewenang mesti diserahkan kepadaNya semata-mata. Sedangkan semua din yang berlawanan dengannya mesti ditundukkan. Kalau tidak, ia akan dapat menuntut kepatuhan rakyat, kerana dalau din ini telah berlaku, maka tidak akan ada lagi din kerakyatan, kerajaan atau din kaum komunis.”

Tuntutan ini tidak bererti bahawa Islam bertindak memaksa manusia memeluk Islam dan menghapuskan terus ajaran lain secara kekerasan kerana kekerasan dan paksaan tidak akan menghapuskan apa yang ada dalam hati dan fikiran manusia. Ini dijelaskan dalm konsep dan etika peperangan dalam Islam antaranya ialah larangan manakut-nakutkan orang ramai,melampau, membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua yang sudah kabur pandangan, paderi-paderi, penjaga gereja, membakar pokok dan membunuh haiwan tanpa maslahah. Demikian juga difahami dari ayat ke 40 Surah al-Hajj:
Maksudnya: “Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah .”
Tuntutan itu sebenarnya adalah supaya Islam mendominasikan seluruh suasana dan kekuasaan
pemerintahan agar manusia dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam lalu mereka akan menerima Islam sama ada sebagai agama anutan atau sebagai pemerintahan yang adil dengan secara rela. Firman
Allah s.w.t. Surah at-Taubah, ayat 40 maksudnya: “Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimat Allah itulah orang-orang tinggi.”

Tuntutan menzahirkan agama ini dijelaskan sehinggalah dalam soal peperangan. Tujuan peperangan dalam Islam sendiri adalah untuk memastikan bahawa Islam menjadi penentu dalam percaturan politik dan hidup manusia. Firman Allah s.w.t. maksudnya: “Dan perangilah mereka (orang-orang kafir) sehingga tiada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya menjadi semata-mata untuk Allah.” (al-‘Anfal : 39)
Menurut Saiful Islam, maksud dari perkataan ‘perangilah’ adalah agar kekufuran tidak melata dan agar din Allah di atas segala -galanya, sehingga din al-Islam ada di mana-mana.


PERJUANGAN TIDAK BERNOKTAH

Islam sentiasa menghadapi tentangan. Hasil daripada dua factor di atas, lalu timbul pula reaksi dikalangan manusia yang enggan tunduk kepada seruan dakwah Islam. Reaksi itulah yang
menyemarakkan lagi pertentangan di antara Islam dengan musuh-musuhnya.
Contoh yang paling ketara daripada sirah Rasulullah s.a.w. ialah apabila baginda berdakwah dengan orang ramai tentang Islam supaya mengucap syahadah La ilaha illa Allah, dua orang lelaki Badwi dari kalangan yang hadir berkata:
Maksudnya:
“Ini adalah perkara yang dibenci oleh raja-raja (pemerintah). Kerana inilah kamu akan diperangi oleh orang-orang Arab dan orang-orang ‘ajam (bukan Arab).”
Peristiwa ini menggambarkan bahawa penentangan terhadap Islam adalah perkara yang sentiasa berlaku sebagaimana ia telah berlaku ke atas nabi-nabi yang terdahulu. Namun faktor utama penentangan itu bukanlah kerana faktor batang tubuh individu atau golongan yang menyeru, tetapi kerana seruan Islam itu sendiri. Sebagaimana Rasulullah s.a.w. sendiri ditentang bukan kerana peribadi baginda yang sudah terkenal sebagai al-Amin dan pernah diberi kepercayaan menjadi hakim menyelesaikan masalah perletakan Hajar al-Aswad dalam peristiwa banjir besar di Makkah sebelum kenabian baginda s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
“Jihad itu berterusan sejak aku dibangkitkan sehingga umatku yang terakhir membunuh Dajjal.”


KONSEP KEMENANGAN

Kemenangan adalah satu perkara yang sentiasa menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Tidak kira perjuangan itu benar ( haq) atau batil, pejuang itu muslim atau tidak, masing-masing meletakkan harapan untuk mencapai kemenangan dengan berusaha untuk mengatasi yang lain.
Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri tentang kemenangan, berbeza dengan konsep
kemenangan dalam agama atau ideologi serta fahaman lain. Di dalam al-Quran, Allah s.w.t.
menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al- fawz, al-nasr dan al-fath. Masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza. Kemenangan dengan istilah al-falah melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh meliputi segala aspek individu, masyarakat umum, dunia dan akhirat. Kemenangan al-fawz pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat. Manakala kemenangan al-nasr pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh-musuhNya.

A. Kemenangan di Dunia
Di dalam al-Quran, golongan yang memperolehi kemenangan dunia (al-nasr) ini disebut sebagai ghalibun dan dzahirun. Ghalibun memberi maksud orang-orang yang mengalahkan, manakala dzahirun bermaksud orang yang menang. Kemenangan di dunia disebut juga al-fath. Istilah al-fath digunakan oleh al-Quran dalam banyak ayat yang menyentuh tentang kemenangan besar. Contohnya, Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Fath ayat 1 maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.”

Ulama’ sejarah menggunakan istilah al-fath (pembukaan) di dalam setiap kejayan tentera Islam menawan sesuatu wilayah kerana mengambil pengajaran dari al-Quran. Sifat penaklukan itu bukan pemaksaan dan penjajahan, tatapi ia adalah pendedahan manusia kepada Islam, pemerintahannya dan keadilannya. Kemenangan di dunia dapat dilihat dari beberapa aspek sebagaimana dinyatakan di dalam Surah al-Nur ayat 55: maksudnya: “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang- orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).”

Tiga bentuk kemenangan al-nasr yang dijanjikan itu adalah:
a) Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendukung-pendukung ke
atas negara atau wilayah dan memeang tampuk pimpinan.
b) Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya wewenang untuk menentukan
kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang
dalam negara.
c) Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai
ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan.

B. Kemenangan di Akhirat
Kemenangan di akhirat (al-fawz) adalah kemenangan yang sbenar. Walaupun pejuang- pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam. Allah s.w.t. menawarkan kemenangan di dalam firmanNya dalam Surah al-Saff ayat 10 – 12: maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman ( syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.”

Berdasarkan ayat di atas, kemenangan di akhirat itu meliputi empat perkara:

a) Mendapat jaminan keselamatan dari azab yang pedih di akhirat
b) Mendapat keampunan dari Allah s.w.t. atas segala dosa yang telah dilakukan
c) Dimasukkah ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai
d) Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di yurga yang bernama ‘And
C. Kemenangan Adalah Janji Allah
Di dalam Islam, kemenangan adalah suatu yang pasti dan perlu diyakini oleh setiap muslim. Mereka perlu mengimani masa hadapan yang baik dan gemilang untuk Islam. Ini kerana terdapat banyak nas al-Quran dan al-Hadith yang memberitakan bahawa Islam akan berjaya pada suatu hari kelak. Ayat 55 Surah al-Nur tadi dimulakan dengan lafaz wa’ada bermaksud ‘telah menjanjikan’, di mana kemenangan di dunia (al-nasr) telah dijanjikan oleh Allah sebagai satu kemestian kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya. Janji ini bukan sahaja dikhususkan buat umat Muhammad s.a.w. bahkan ia telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. sejak zaman Nabi Daud a.s. lagi. Firman Allah s.w.t. dalam ayat ke 105 Surah al-Anbiya’: maksudnya: “Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.”

Janji Allah s.w.t. ini disebut pula dalam hadith Rasulullah s.a.w.: maksudnya: Dari Tamim al-Dari katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan sampai urusan ini (agama Islam) ke setiap tempat yang sampai padanya malam dan siang. Dan Allah tidak akan membiarkan walau sebuah rumah di Bandar dan perkampungan mahupun di pedalaman melainkan akan dimasukkanNya agama ini melalui kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan orang yang hina. Dengan kemuliaan Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan Allah menghina kekufuran.”

Tamim al-Dari menyatakan bahawa aku telah mengalami perkara itu dalam keluargaku, yang Islam mendapat kebaikan, kemliaan dan kehebatan, manakala yang kafir mendapat kehinaan, merasa kerdil dan membayar jizyah.” Hadith ini menerangkan bahawa agama Islam akan berkembang seluas-luasnya ke setiap penjuru dunia. Janji Allah dan RasulNya ini telah berlaku untuk peringkat pertamanya dengan berlakunya pembukaan pembukaan negara Islam dan berkembangnya wilayah taklukan Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. hingga kurun ke-14 Hijrah.

D. Kemenangan Adalah Pertolongan Allah
Persoalan pokok dan perkara pnting yang membezakan konsep Islam terhadap kemenangan dengan konsep-konsep agama, ideology dan fahaman lain adalah unsur pertolongan Allah, Islam amat menitikberatkan hubungkait manusia Islam dengan Tuhannya dalam perjuangan bahkan dalam setiap aspek kehidupan. Para pendukung perjuangan Islam sentiasa diingatkan tentang peri pentingnya bergantung kepada Allah dan menyakini bahawa kemenangan hanya datang dari Allah apabila dikehendakiNya.
Allah s.w.t. berfirman dalam ayat 10 Surah Ali ‘Imran dan 126 Surah al-Anfal maksudnya:
“Dan tiadalah pertolongan kecuali dari Allah.” (Al-Anfal: 126)

Al-Nasr dalam ayat ini memberi pengertian pertolongan dan kemenangan di dalam perjuangan. Allah s.w.t. mengaitkan persoalan kemenangan dalam ayat ini dengan pernyataan bahawa Allah Yang Maha Perkasa untuk menunjukkan bahawa Dialah yang berkuasa memberi kemenangan kepada orang-orang beriman walaupun jumlah mereka sedikit dan kelengkapan mereka kurang berbanding dengan pihak lawan. Manakala pernyataan bahawa Allah Maha Bijaksana menegaskan bahawa Dialah yang lebih mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk mengurniakan kemenangan dan sebab apakah kemenangan itu tidak diberikan dalam semua keadaan. Setiap pejuang Islam perlu menyakini bahawa kemenangan adalah kurniaan Allah dan bergantung kepada izin dan kehendak Allah. Bila-bila masa Dia boleh mengurniakan kemenangan atau menarik nikmat itu dan memberikan kekuasaan kepada golongan lain.
Justeru, para pejuang Islam perlu mengambil berat hakikat ini agar kemenangan Islam itu dibina atas dasar kefahaman dan penghayatan Islam dalam mengisi kemenangan. Hakikat ini dinyatakan dalam firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 26 maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) Ya Allah! Engkau pemilik segala kekuasaan, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabutnya dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.”

Terima kasih kepada saudara dama, yang mengirimkan kertas kerja ini kepada teman untuk disiarkan. Semoga Allah memberkati anta.

"Teruskan Perjuangan, Tingkatkan Kefahaman"

Read More......

Khamis, 11 Disember 2008

MELAYU : KE MANA HALA TUJU

Allahhuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar... Walillahilham...Selamat Menyambut Aidiladaha buat semua. Semoga kita diberi kekuatan untuk terus bekorban untuk Jamaah Islam yang kita dokongi ini.

Petang 6 Disember 08 lepas teman balik kampung sempena Hari Raya Aidiladha. Malam tu teman cadang nak ke Air Kuning Liqa PAS Negeri Perak. Perbentangan akan disampaikan oleh Utz. Taib Azamuddin, AJK PAS Pusat.

Tapi adik teman call kata kat Parit Buntar ada debat perdana. Erm…menarik juga kalau dapat pi dengar.

Teman pi atas tiket Cawangan Jalan Pantai Bt. 10. Teman bersama 4 orang termasuk Hj. Rafie Ketua Cawangan. Beliau adalah antara insan yang mula-mula memperkenalkan teman kepada gerak kerja dalam PAS. Masa tu teman baru tamat belajar. Hebat orang lama-lama ni. Kita orang muda kena banyak belajar dari orang lama. Kekadang kita orang muda cuma banyak idealistik..koje kurang komplen banyak (ana lah). Alih-alih futur....Ya Allah lindunglah teman dari penyakit futur ini.....Tapi teman yakin ramai dikalangan pemuda-pemuda PAS di luara sana ikhlas berjuang dan Istiqamah dalam perjuangan ini.


Kembali kepada Debat Perdana. Debat ini anjuran bersama Pej. Agama Pb. Buntar dan persatuan Pegawai2 Ugama Islam Perak. Panelis yang ditampilkan pada malan ini terdiri daripada 3 orang iaitu YB. Dr. Mujahid b. Yusof Rawa, Ahli perlimen Parit Buntar mewakili PAS. YB Dato’ Hj. Tajuddin b. Abd. Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak (Umno) dan AF Ustaz Hafiz b. Mustafa Labis (TERAS). Tajuk Debat Perdana adalah Melayu: Ke Mana Hala Tuju? Serta membincang 3 tajuk kecil perbincangan iaitu ketuanan melayu, Dasar Ekonomi Melayu dan Bahasa melayu.

Antara objektif program adalah pertama membuka minda umat melayu terhadap isu semasa yang secra langsung melibatkan Islam dan bangsa. Kedua merungkai cabaran semasa untuk memperkasa umat ke suatu hala tuju yang lebih survival dan utuh. Dan yang ketiga mencari titik pertemuan ke arah kepentingan dan perpaduan umat Melayu dan Islam. Cuma malam tu banyak betul cabaran nak sampai ke temapat berlangsungnya debat tersebut. Dalam kad jemputan dinyatakan Dewan Seri Kerian. Dua dewan teman tersalah, dewan pertama Cina kawin, dewan kedua India kawin. Hai...Pakatan Rakyat betullah. Akhirnya jumpa juga dewan tu. Rupanya dalam Hotel Parit Buntan Inn...


Ramai juga tetamu merangkap penyokong PAS. Umno bawa 3 bas dari Pasir Salak. Siap gantung baner lagi. Tapi sayang PAS tak gantung satu bendera pun. Unit Amal pun tak pakai uniform ketika bertugas. Mungkin arahan dari penganjur. Tapi sayang lah... tak dapat tunjukkan izzah jamaah pada parti lawan.

Mula-mula teman dok dalam, pas tu tak selesa rasa. sesak sangat. so teman beralih keluar tengok dari scren layar je. Boleh tahan juga kat luar, ramai bebenor. Debat ini ada 3 pusingan dan ada 3 soalan untuk di bahaskan. yang pertama isu ketuanan Melayu, kedua isu DEB dan keti isu Bahasa Melayu. Hebat... cantik sekali hujjah Dr. Mujahid. tak sia-sia orang Parit Buntar pilih beliau. Terduduk Dato' Tajuddin menjawab. nampak macam merapu je, takde hujjah. Sampaikan pusingan ke tiga belum loceng pertama lagi berbunyi dah berenti cakap. tak dak modal nak lawan dah. Tahniah buat YB Dr. Mujahid.

Program tamat sekitar 11.30 mlm dan orang ramai (penyokong PAS) pulang dengan puas hati dan tidak sia-sia datang dari pelusuk kampung. Dan penyokong UMNO diharapkan pulang dengan semangat baru iaitu.... nak berubah kepada PAS pula. Dan teman amat-amat sokong dan ucapkan tahniah kepada PAS kawasan Parit Buntar kerana berjaya menganjurkan Debat Perdana yang begitu exclusif. Ini kerana kalau nak harap penyokong umno dengar ceramah umum PAS mungkin sukar untuk dame nak pi. Tapi dengan cara ini, mereka secara langsung akan mendengar ucapan pimpinan dan hujjah yang sebenar dari PAS. Semoga dapat di teruskan oleh kawasan-kawasan lain....


"Teruskan Perjuangan, tingkatkan Kefahaman"

Read More......

Rabu, 10 Disember 2008

MEMAHAMI PERJUANGAN ISLAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat sahabiah yang teman kasihi. Semoga dirahmati Allah. Disini Teman nak kongsi penulisan sahabat kita yang semakin mantop dalam perjuangan. Beliau adalah saudara Dama. Kertas kerja ini adalah hasil penulisan beliau sendiri (copy mana teman tak tahu). Tapi yang penting beliau ada iniseatif untuk mengembangkan pemahaman yang lebih kukuh kepada ahli jamaah. Tahniah buat beliau... sama-sama lah kita kongsi ilmu dan memantapkan perjuangan masing-masing. Teman ni idok pandai ngarang2 ni... copy and paste tau lah.

by: Sdr Dama (Unit Amal Perak merangkap Ahli JKKK di Kampung Parlimaen Bukit Gantang)
dalam gambar kanan sekali pakai jaket hitam

MEMAHAMI PERJUANGAN ISLAM
Siri 1: Perjuangan dan jihad

MUQADDIMAH


Perjuangan Islam bermaksud perihal umat Islam berusaha mempertahankan agamanya dan mengatasi pihak-pihak yang menentangnya.Oleh kerana perkataan juang itu sendiri bermaksud melawan, maka persoalan perjuangan Islam itu menggambarkan betapa unsur perlawanan dn persaingan adalah satu perkara rutin dan lumrah yang pasti ada di dalam Islam dah dihadapi oleh umat Islam tidak kira bila atau di mana mereka berada. Mahu tidak mahu, setiap muslim terpaksa menghadapi reality perlawanan atau perjuangan sama ada dalam bentuk perseorangan atau perkumpulan, hebat atau hanya pertentangan kecil mengikut tahap keimanan seseorang.Demikianlah, sejak generasi Islam yang pertama pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi, umat Islam telah dihadapkan dengan suasana perjuangan yang penuh dengan tekanan dan ujian.


PERJUANGAN DAN JIHAD


Di dalam bahasa Arab, perkataan yang paling sesuai dan sinonim dengan perjuangan adalah jihad. Jihad adalah kata terbitan (masdhar) yang berasal dari perkataan jahada bererti bersungguh-sungguh dan berpenatan mengerjakan sesuatu. Jahada pula bererti memerah tenaga.Jahada al-‘aduw bererti memera

ngi musuh. Dari segi bahasa, jihad membawa pengertian berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan sesuatu matlamat. Al-Jihad menurut kebanyakan kamus bererti perang mempertahankan agama. Dalam konteks Islam, pekerjaan yang paling bersungguh dan paling banyak risiko adalah peperangan atau usaha menegakkan kalimah Allah di hadapan ancaman pemerintah yang zalim sebagaimana dinyatakan dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:

Maksudnya:

Daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.”

Sebab itulah kebanyakan pentakrifan jihad pada zaman silan lebih merujuk kepada aspek peperangan. Contohnya, ulama’ Mazhab Syafie memberi definisi jihad sebagai perang ke atas orang kafir untuk memenangkan Islam. Manakala ulama’ Mazhab Hanafi pula mendefinisikannya sebagai menyeru kepada agama yang sebenar dan memerangi orang yang tid

ak menerimanya, dengan harta dan nyawa. Imam Hassan al-Bana pula menyatakan bahawa: “Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.” Persoalan mengenai perjuangan dalam Islam juga merangkumi usaha umat Islam mengembangkan agama ini dengan menjalankan gerakan dakwah ke merata tempat di serata pelusuk dunia. Lalu, di dalam usaha berdakwah itu,mereka menghadapi sekatan, ancaman dan cab

aran yang dating dari kebanyakan orang- orang kafir serta sasaran dakwah yang tidak bersikap terbuka untuk mendengar dahulu seruan Islam.

Di dalam suasana ini, timbul perlawanan dan perjuangan menentang halangan, sekatan dan ancaman dari musuh dakwah. Namun dalam konteks zaman mutakhir ini, perjuangan Islam khususnya dengan pengertian jihad, merangkumi aspek yang luas dengan tidak tertumpu kepada aspek peperangan bersenjata sahaja. Bahkan ia lebih banyak cenderung kepada persoalan memperbaiki umat dan mempertahankan hak-hak umat Islam sama ada melalui gerakan bersenjata, penentangan terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan Islam dengan saluran pilihanraya, penulisan

dan sebagainya. Pokoknya, di dalam usaha tersebut pada sepanjang zaman, mereka akan menghadapi cabaran dan tentangan dari musuh yang merupakan sebahagian dari ujian Allah s.w.t. Cabaran dan tentangan tersebutlah yang melahirkan reaksi dalam bentuk perjuangan.



AQIDAH ASAS PERJUANGAN


Islam meletakkan aqidah sebagai asas utama dalam perjuangan. Bahkan ia merupakan rahsi

a kekuatan Islam sepanjang zaman. Dengan kata lain, Islam tidak menjadikan isu sebagai landasan utama kerana persoalan aqidah adalah bersifat menyeluruh dan evergreen. Perjuangan yang berasaskan isu akan tamat dengan selesainya isu berkenaan. Sebaliknya Islam sentiasa mengetengahkan isu-isu yang berpaksi pada aqidah untuk menjelaskan tuntutan sebenar tauhid. Kalimah syahadah La ilaha illa Allah yang menjadi tema tauhid itu sendiri adalah suatu cetusan revolusi atau perubahan besar -besaran di dalam jiwa dan kehidupan manusia kerana ia bererti pengakuan kepada kekuasaan menghukum dan memerintah tertinggi yang disrahkan hanya kepada Allah. Ia adalah cetusan revolusi terhadap kuasa duniawi yang telah merampas suatu sifat khusus Tuhan yang utama iaitu menentukan perjalanan dan peraturan hidup manusia . Islam adalah revolusi terhadap kenyataan hidup yang bersandarkan kepada rampasan hak Tuhan itu dan juga merupakan suatu pukulan maut ke atas sebarang peraturan dan kekuasaan yang tidak diredhai Allah. Sebaliknya Islam menuntut manusia tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. selaras dengan pengertian kalimah Islam sendiri. Syed Qutb menyifatkan Islam merupakan revolusi di dalam kehidupan manusia. Dalam hubungan ini Syed Qutb menyatakan: “Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah. Sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada.” Ibn Taimiyah pula menyatakan apabila ucapan La ilaha illa Allah itu merupakan ucapan yang sebenar,jadilah orang yang mengucapkannya itu ahliNya dan tergolong dalam golonganNya (golongan Allah), manakala orang yang mengingkarinya adalah musuhNya dan orang-orang yang dimurkaiNya. Risalah Islam yang disebarkan melalui dakwah yang telah dimulakan oleh para nabi itu sendiri bersifat menyeru kepada Allah dan menentang taghut iaitu segala perkara atau sembahan yang bersifat merampas hak-hak ketuhanan sama ada dari sudut ibadah, undang-undang dan pemerintahan. Dalam perkara ini, Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Nahl ayat 36 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menguus rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah dan jauhilah taghut.”

Peranan utama para rasul yang diutuskan Allah adalah membawa petunjuk kepada hambaNya. Ia terdiri dari dua perkara penting yang saling perlu-memerlukan dan menyempurnakan di antara satu sama lain iaitu:

• Menyeru supaya beribadah dan mengabdikan diri hanya kepada Allah yang Esa

• Menyeru supaya menjauhi taghut

Jelas bahawa seruan Islam bukan setakat mengajak kepada kebaikan dengan menyembah Allah dan mentaatinya, tetapi dalam masa yang sama hendaklah menjauhi dan menentang taghut.


Bersambung...

"Teruskan Perjuangan, Tingkatkan Kefahaman"

Read More......

Tetamu

Website Tracking

Tarikh

Ini Teman

Foto saya
Nama diberi Ahmad Firdaus b. Mohamad Kelahiran di bumi bertuah Perak Darul Ridzuan. Dilahirkan oleh ibu tercinta pada tahun 1980. Bekhidmat di Ipoh Perak sebagai Mujahid.

Keluarga Teman

Keluarga Teman

Diskusi Usahawan Kali ke 2

Diskusi Usahawan Kali ke 2

Jamuan Makan Malam Bersama MB Perak

Jamuan Makan Malam Bersama MB Perak

Hadis Minggu Ini

" Tiga perkara yang tidak memberi manfa'at bersamanya oleh sebarang amalan, iaitu; menyekutukan Allah, menderhakai kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan"

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Sembang Teman

Solat Adalah Tiang Agama